FGV rancang tingkat pengeluaran beras wangi

Hebahkan !!!


Amalan dan teknologi pertanian pintar

FGV Holdings Berhad (FGV), melalui sebuah anak syarikat, FGV Integrated Farming Holdings Sdn. Bhd (FGVIF) kini merancang mengiatkan lagi penglibatannya di dalam pasaran beras wangi tempatan negara ini.

Langkah tersebut diambil berikutan kejayaan pelaksanaan program ‘FGVIF’s Fortified Field ™ Fragrant Rice (3FR)’ mengoptimumkan pertanian padi wangi tempatan hasil penggunaan amalan dan teknologi pertanian pintar dan berkesan, kata FGV, menerusi kenyataan media, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Mohd Nazrul Izam Mansor menyasarkan penguasaan 3.5 peratus dalam pasaran beras wangi tempatan menjelang akhir 2025, bawah jenama FGV SAJI.

“Matlamat kami adalah beras wangi SAJI FGV menjadi pilihan rakyat Malaysia dan dunia, pada masa akan datang.

“Melalui kepakaran dalaman, sumber daya dan penggunaan pelbagai teknologi FGV, beras wangi tempatan yang dihasilkan berkualiti tinggi dan setanding dengan beras import dari Thailand

Leave a Reply