Tun Mahathir Dan Lim Guan Eng Kini Liabiliti Parti PEJUANG Dan DAP.

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Apakah isu terbaru dalam negara yang menjadi viral kepada seluruh netizen yang peka politik?

Jawapannya , Macam macam dan antaranya Saksi utama kes rasuah terowong Lim Guan Eng didapati mati terjun daripada tingkat atas bangunan.

Ikut lojik akal seorang yang seronok dapat tanah, projek dan jobs bernilai berbilion ringgit tentu akan gembira melebihi orang biasa yang dapat jobs mengecat pagar rumah.

Namun, akhirnya dia dijumpai mati jatuh bangunan.

Simati kebetulan adalah saksi utama pendakwa untuk kes rasuah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

 

Ini menjadi beban untuk DAP menjawap secara “spin” punca kematian kerana ini kematian kedua ahli DAP untuk kes rasuah DAP.

Sebelum ini DAP spin kes kematian mendiang Teoh Beng Hock untuk “favourable” kepada DAP.

Adakah DAP akan cuba lakukan “stunt” yang sama juga kali ini?

Terbaru juga , ada lah berkaitan persetujuan kabinet untuk menyiasat tulisan Tommy Thomas dimana banyak perkara berkenaan institusi guaman dan penghakiman perlu disiasat sama seperti kes VK Lingam era Tun Mahathir.

Tommy Thomas selain menjadi peguam mewakili seorang  kominis , juga adalah peguam peribadi kes Lim Guan Eng dan kemudian dilantik menjadi Peguam Negara dibawah batang hidung Tun Mahathir.

Akhirnya banyak kes kes berkaitan orang Pakatan Harapan semua bebas dan kes ditutup.

Berkaitan Tun Mahathir pula, kes terbaru berkenaan Pulau Batu Putih mula dibangkitkan semula oleh kabinet Ismail Sabri.

Banyak juga cerita belakang tabir berkenaan isu Pulau ini.

Paling tidak seronok adalah “konon” ia menjadi bahan bida “individu” tertentu untuk sesuatu yang kita tidak ketahui lalu kes dilemahkan atau pun dibiarkan dimenangi oleh pihak Singapura.

Malaysia sudah terlepas peluang untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh selepas Perdana Menteri Ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pulau itu serta Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 2018 – Appandi

Apapun ia perlu siasatan dan Terima Kasih diucapkan kepada kerajaan untuk membuka kes.

Selain itu , nama Tun Mahathir juga terkait pada kes bekas Gabenor Bank Negara , Tan Sri Zeti Akhtar. Zeti telah dilantik menjadi Pengerusi Permodalan Nasional Berhad dan Council of Eminent dibawah pimpinan Tun Mahathir dan Tun Daim.

Jelas seolah olah jawatan “payback” kerana jasa jasa yang tidak diketahui.

Pandora papers melihatkan nama Tun Daim terbabit dan sebuah firma guaman terkait era TIA sekitar tahun 2008 ada dalam senarai Pandora juga .

Najib ambil alih jawatan Perdana Menteri sekitar pertengahan tahun 2009.

Apapun , kesemua isu ditulis di atas menampakkan kedua tokoh politik ijn , Tun Mahathir dan Lim Guan Eng sudah menjadi “liability” dan bebanan kepada parti PEJUWANG dan DAP.

Dari kedua parti melayan isu rakyat , kini kedua parti terpaksa melayan isu pemimpin sendiri.

Dari kedudukan menyerang parti musuh kini terpaksa pertahan pemimpin sendiri

Jika kedua tokoh ini berada didalam UMNO sudah pasti diseru berehat terlebih dulu atau berehat selama lamanya.

Hanya bernasib baik kedua dua parti milik keluarga dari “Clan” Mahathir dan “Dinasti Lim”.

Adakah parti DAP mahu pikul jenama “Kluster rasuah” hanya kerana seorang bernama Lim Guan Eng?

DAP bela “Kluster rasuah terowong”?

Atau PEJUANG mahu pikul beban “kluster Bank Negara” atau “Kluster Gadai pulau” ?

Maka sahlah, Tun Mahathir dan Lim Guan Eng kini menjadi “liabiliti” dan beban untuk kedua parti mereka.

Amat sukar kedua pemimpin ini atau ahli ahli parti mereka mahu main lagi isu “Kleptokrat” atau sebut “Kluster mahkamah UMNO” kerana mereka juga miliki bagasi yang sama.

Hanya tipu muslihat dan rekaan isu pada PRU15 sahaja mampu menutup kebobrokan kedua tokoh bawa  “liabiliti” ini.

 

 

 

Leave a Reply