Tiada perjanjian, jadi tak perlu bayar peguam RM12.5 juta, kata Bersatu

Hebahkan !!!

a man wearing glasses and a suit and tie: Mohamed Hanif Khatri Abdulla berkata beliau mewakili Bersatu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dalam saman rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak.© Provided by Free Malaysia Today Mohamed Hanif Khatri Abdulla berkata beliau mewakili Bersatu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dalam saman rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak.KUALA LUMPUR: Bersatu dan pemegang jawatan utamanya memohon membatalkan saman difailkan seorang peguam untuk menuntut bayaran yuran guaman berjumlah RM12.5 juta, kerana tiada perjanjian antara pihak-pihak terlibat.

Defendan berkata, perkhidmatan diberikan Mohamed Haniff Khatri Abdulla dilakukan secara sukarela dan tanpa mengharapkan bayaran.

“Tiada perjanjian antara defendan atau mana-mana daripada mereka dan plaintif (Haniff) untuk bertindak bagi pihak Bersatu,” kata defendan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan bulan lalu dah dilihat oleh FMT.

Mereka menambah, jumlah dituntut amat keterlaluan dan menyalahi undang-undang.

Mereka turut mendakwa keputusan untuk mengenakan caj yuran guaman kepada Bersatu adalah sesuatu yang telah difikirkan kemudian.

Defendan mendakwa invois yang dikatakan dikeluarkan pada 11 Feb lalu tidak mematuhi Akta Profesion Undang-undang dan tidak diserahkan dengan cara betul.

Haniff dalam pernyataan tuntutannya berkata, invois bagi bayaran itu telah dikeluarkan kepada Presiden parti, Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Hamzah Zainudin dan Bendahari Mohamed Salleh Bajuri.

Ketiga-tiga mereka dan Bersatu dinamakan sebagai defendan dalam saman yang difailkan pada Julai, selepas semuanya gagal memberi maklum balas kepada peringatan untuk membuat pembayaran itu.

Defendan turut mendakwa perkhidmatan guaman telah diberikan atas permintaan bekas Pengerusi parti, Dr Mahathir Mohamad kerana Haniff adalah penasihat undang-undangnya.

“Ia dibuat secara sukarela dan pro bono tanpa mengharapkan bayaran,” kata defendan.

Muhyiddin dan Salleh berkata mereka tidak menerima sebarang perkhidmatan guaman daripada plaintif dalam kapasiti peribadi mereka.

Defendan berkata, pernyataan tuntutan Haniff tidak cukup butiran dan pihak mereka mahu mendapatkan maklumat lanjut.

Menurut mereka, peranan asal Mahathir dalam Bersatu adalah sebagai penasihat, tetapi beliau menjadi Pengerusi selepas mengubah fikiran.

“Haniff bertindak atas arahan dan untuk kepentingan Mahathir, manakala perkhidmatan diberikan adalah tanpa kos kepada Bersatu dan Muhyiddin,” kata pernyataan pembelaan itu.

Haniff dalam afidavit balasannya berkata, pernyataan mereka itu sekadar penafian semata-mata.

Dalam pernyataannya, Haniff berkata wang itu adalah untuk perkhidmatan guaman diberikan sejak sebelum Bersatu dibentuk, sehingga parti itu keluar dari Pakatan Harapan (PH) awal tahun lalu sebelum pembentukan Perikatan Nasional (PN).

Tambahnya, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau telah mewakili parti itu dalam saman kleptokrasi, rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak, dan pentadbiran beliau.

Menurut pernyataan itu, perkhidmatan Haniff ditamatkan pada 24 Feb tahun lalu, susulan Langkah Sheraton yang melihat kejatuhan kerajaan PH.

Leave a Reply