Suami digoda rakan, guru berstatus janda

Hebahkan !!!

IDIHAYS.SB

SEORANG isteri sudah beumah tangga lebih lima tahun meluah rasa marah dan kecewa di media sosial apabila terbongkar kisah suaminya berskandal dengan seorang guru.

Lebih menyedihkan, orang ketiga dalang rumah tangga mereka adalah kawan sendiri berstatus janda setelah berpisah dengan bekas suami angkara tidak sehaluan.

Mangsa 32 tahun dikenali sebagai Ayu itu amat marah dengan suaminya disangka pemalu, tetapi rupanya buaya besar cari peluang baham mangsa, sanggup menjalin cinta noda dengan kawan isteri sendiri.

“Kawan sekolah menengah dulu nama Lonie (bukan nama sebenar) guru sekolah rendah dan mengajar di bandar Kajang, Selangor.

“Sungguh tak sangka berstatus janda anak dua kawan aku sanggup menodai suamiku, kawan yang dia kenal,” katanya Ayu yang memuat naik gambar dan bukti perbualan mesej suami dengan wanita itu.

Ayu turut memperinci kejadian didakwanya bermula apabila dia cuba memperkenalkan Lonie kepada abang iparnya juga bergelar duda, selepas kematian isteri.

Daripda situ, kata Ayu, suaminya meminta Facebook dan nombor telefon Lonie konon untuk kenal dan menerang tentang abang dan tanpa syak memberi semua maklumat.

Namun, tulisnya lagi, suatu hari dirinya terlihat senarai panggilan telefon suami ke nombor sama berulang kali, alangkah terkejut mendapati itu nombor Lonie.

Mulai detik itu, Ayu mula menyelidik dan curi-curi check telefon bimbit suaminya. Sah ternyata ada udang disebalik meggie apabila Ayu temui mesej dan gambar lucah dihantar Lonie hampir setiap pagi dengan pelbagai poses yang menjijikkan.

“Aku mula menyelidik dan hasilnya sangat tidak ku sangka. Ku sangka kambing tapi rupanya babi hutan menganggu kebun ku.

“Rupanya suami sedang angau cinta dengan perempuan bernama *****tu, kawan sendiri yang ku ingin jodoh dengan abang ipar. Patutlah suami bermanja laim macam saja kebelakangan ini. Rupa-rupa ada sesuatu.

“Perasaan sedih, kecewa, pilu, sumpah makian semuanya tersembur keluar mulut. Sanggup kawanku anggap baik dan muslimah giat mengoda suami ku.

“Setiap hari suami dibekal dengan gambar menghairahkan separuh bogel, sebelum dia pergi bertugas di sekolah. Tiada maruah dan jijiknya aku melihat tindakan betina terdesak goda lelaki dengan kata manja dan gambar lucahnya,” tulis Ayu.

Katanya lagi, tindakan wanita itu lebih teruk dari pelacur kerana pelacur secara terang bergaya lagak pelacur tetapi dia (pelaku) pada pandangan umum adalah ibu, guru dan wanita muslimah baik bertutup litup, berstokin bagai.

“Tak mustahil mereka telah lakukan seks bersama, lihat kepada bait-bait kiasan message mereka.

“Mungkin semua lelaki bersamanya dilayan begitu dan bagiku dia berani memberikan gambar-gambar lucah diri kepada lelaki. Kesian orang tua Lonie beriya memuji dan memberitahu anak mereka itu bagus, baik dan tidak banyak bermasalah,”ujarnya.

Kini Ayu bukan saja patah hati dan redha atas petunjuk diberikan Allah Maha Esa, malahan dia sudah bersedia ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian terbaik dan memberi pengajaran kepada pelaku maksiat yang secara terang mendekati zina tanpa rasa berdosa.

“Dari message-message mereka dapat agak mereka sehati ingin hidup bersama, malah turut berpakat untuk menipu, sekiranya aku mengesyaki mereka.

“Malah suami menyatakan rasa menyayangi Lonie, sanggup menjaganya dan anak-anak. Tergamaknya suamiku yang hari-hari cium dahiku mengucapkan ‘I love you’, tetapi rupanya musang berbulu ayam menjadikan maksiat dan zina sebagai peneman mesra.

“Jika mereka ingin hidup bersama biarlah ku undur diri. Semua gambar dan bukti ku simpan untuk ke court,” kata Ayu sambil jelaskan ketika cerita ini ditulis abang ipar belum tahu tentang adiknya dengan bakal tunang tak jadinya itu.

Leave a Reply