Pulau Batu Puteh – Siasat Kebarangkalian Jadi Bidaan Untuk Tutup Rahsia Yang DiPegang Singapura

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad.

Kenyataan Datuk Seri Najib dan Dr Puad Zarkashi sangat menggangu rakyat Malaysia.

Dengan kenyataan sebegini kali kedua. Tun Mahathir sepatut sudah menjawap dan menafikan dengan tegas.

Bahkan dengan para tentera Pak Sanggup yang  ramai seperti Khairudin Botok, Kadir Jassin dan semacai dengannya Tun Mahathir sepatutnya sudah menjawap dan bidas kenyataan Dr Puad.

Kali pertama Dr Puad menyindir dan perli adalah seperti ini:-

Ada dakwaan Tun M mahu kowtim Singapura supaya tidak berkongsi maklumat penting yang akan ganggu usaha Tun M mengambil tindakan terhadap beberapa pemimpin BN?

Namun tiada reaksi dan tiada respon.

Amat merisaukan jika hak hak dan aset negara digadai kepada Singapura atas sebab kompromi sulit atas sebab takut pihak Singapura mendedahkan maklumat yang mereka tahu berkenaan pemimpin seperti Tun Mahathir.

Untuk makluman, kisah meliwat seorang pemimpin negara sekitar tahun 80han juga dikhabarkan diketahui terlebih dahulu oleh perisik Singapura dan mereka menyimpan maklumat itu untuk menunggu “peliwat” itu menjadi pemimpin dan kemudian akan mudah untuk membida sesuatu bagi pihak negara Singapura , namun “the attempt was foiled” atas sebab dia sudah pun didakwa.

 

Kini kita gelisah , kerana ketika Pakatan Harapan dibawah pimpinan Tun Mahathir memerintah, banyak aset dan tanah terjual dan terlepas ke Singapura.

 

Anatara yang digadai oleh PH dan Tun Mahathir ada lah barang gantian Tanjung Pagar terhasil dari gantian tanah KTMB.

 

Bermakna apa yang diganti dan yang diserah kedua duanya sekali terlepas.

Datuk Seri Najib Razak berjaya mengganti tanah panjang KTMB yang tidak cukup luas kerana panjang sahaja tapi tidak berguna untuk bina apa apa pun dengan tanah luas yang boleh membina bangunan dan hotel.

 

Ketika itu , keretapi KTMB sudah tidak lalu kesitu lagi kerana henti di Woodlands sahaja.

 

Tapi sebaik sahaja PH dan Tun Mahathir ambil alih semua nya terlepas bermodalkan cerita umpan 1MDB  dan hutang negara kepada rakyat.

 

DSNR pula dalam facebooknya turut membidas pendirian bodoh kerajaan Tun Mahathir mendengar nasihat peguam asing untuk buat keputusan terhadap tanahair sendiri.

 

Apakah jadahnya hal urusan tanahair rujuk kepada peguam asing? Tanya Najib.

Kini setelah pihak My-News.Online merayau banyak sumber diMedsos untuk melihat sama ada jentera Tun Mahathir adakah yang berani tampil menjawap seperti lazim kalau kes berkait 1mdb, nampak gaya tiada yang berani menjawap.

Apa pun kerisauan dan persoalan adakah Tun Mahathir masih mencengkam pihak pihak berkuasa dalam negara lalu mereka berpihak untuk menutup juga siasatan?

Lihat sahaja kes babit kroni Tun Mahathir berkait kes AMLA dan wang masuk akaun di Singapura yang masih tidak ketentuan apa perkembangan nya.

Jadi , di harap Ismail Sabri pasti adakan siasatan rapi sama ada kes babit Pulau Batu Putih ini bukan terlepas akibat ada orang sudah dicengkam kerana maklumat berkenaan perbuatannya didalam tangan jiran.

Leave a Reply