‘Keanjalan’ kunci pembentukan kerajaan selepas PRU15, jangka Zahid

Hebahkan !!!

Tiada ‘cahaya terang’ untuk merealisasikan Muafakat Nasional kerana gabungan itu tidak pernah didaftarkan secara sah, menurut Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar Bernama)© Provided by Free Malaysia Today Tiada ‘cahaya terang’ untuk merealisasikan Muafakat Nasional kerana gabungan itu tidak pernah didaftarkan secara sah, menurut Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan “keanjalan politik”, iaitu fleksibiliti kerjasama antara parti politik mungkin menjadi penyelesaian bagi membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, ini kerana corak pengundian PRU15 dijangka tidak jauh berbeza dengan PRU14 yang menyaksikan tiada parti dominan seperti sokongan yang pernah dinikmati Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Keadaan itu cukup bahaya (menyebabkan negara tidak stabil) sebab itu keanjalan politik perlu difikirkan dari sekarang bagi membentuk kerajaan.

“Dalam hal ini bukan sahaja formula tetapi keseimbangan harus dilihat kaedah terbaik dan keutamaan kepada rakyat harus difikirkan terutama soal kesihatan, pendidikan, ekonomi dan soal ibadat,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam satu program bual bicara bertajuk “PRU-15: Membentuk Atau Membina Arus?” yang disiarkan di Facebook malam tadi.

Menyentuh mengenai Muafakat Nasional (MN), Zahid berkata, beliau tidak melihat “cahaya terang” untuk merealisasikannya kerana gabungan itu tidak pernah didaftarkan secara sah.

Malah tegasnya, Umno sanggup bertanding secara solo di bawah panji BN.

“Oleh kerana MN tidak pernah didaftarkan jadi saya tak nampak ada cahaya terang untuk MN direalisasikan sebagaimana (kerjasama dalam) PRK yang diadakan sebelum ini. Biarlah Umno bertanding atas panji-panji BN dan secara solo ..insyaAllah rakyat memilih parti yang terbaik,” katanya.

Jelasnya, beliau tidak pernah kecewa dengan usahanya menggerakkan MN secara bersama dengan tokoh PAS, Harun Din sejak 1998.

Namun katanya, perkembangan terkini membuatkan beliau perlu memikirkan gabungan itu harus dinilai semula dipercayai merujuk kepada tindakan PAS menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Bersatu.

“Saya tidak pernah kecewa sebagai ahli politik tetapi apabila berkongsi kita perlu saling mempercayai dan jangan khianat mengkhianati.

“Cukuplah pengkhianatan itu dilakukan sekali tetapi kalau telah berulang kali, bukan daripada Umno tetapi pelbagai pihak…saya fikir itu harus dinilai semula,” katanya.

Leave a Reply