PPBM sedia hadapi PRN, yakin kerjasama politik

Hebahkan !!!

IDIHAYS.SB

GABUNGAN parti Perikatan Nasional masih jadi sandaran Bersatu untuk hadapi PRN Melaka. 

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan kesediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya perlu  diadakan awal daripada tarikh sepatutnya.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, semua jentera di peringkat bahagian telah lama mula bersedia untuk hadapi pilihanraya dengan aspektasi awal adalah Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15).

Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan

Namun katanya, jika keperluan diadakan PRN Melaka lebih awal, maka jentera parti di seluruh bahagian negeri itu telah bersedia selain yakin kerjasama politik dibentuk bersama parti dalam Perikatan Nasional (PN) mampu diterjemahkan.

“Saya rasa kerjasama dengan PAS, Gerakan adalah kerjasama baik, sihat dan harmoni atas dasar semangat kekeluargaan yang ada dalam PN.

“Kita dapat tunjukkan kepada rakyat kita adalah pilihan terbaik untuk memastikan bahawa kebajikan rakyat dijaga dan aspek ekonomi di Melaka dapat dicapai,” katanya kepada My-news.online, semalam.

Beliau mengulas mengenai persiapan parti Bersatu menghadapi PRN Melaka jika wujud keperluan untuk diawalkan.

Sementara itu, mengenai soal agihan kerusi sesana rakan parti dalam PN sekiranya tidak disertai UMNO, Wan Saiful berkata, proses perbincangan bersama semua parti terlibat berterusan dan sedang berlangsung hingga sekarang.

Namun katanya, mengenai agihan kerusi, bilangan kerusi, kerusi mana dan siapa yang hendak bertanding itu, biarlah pengumuman rasmi nanti akan tiba.

“Tetapi rundingan kita adakan adalah satu rundingan yang sihat sebab kita berbincang secara kawan-kawan.

“Fokus utama kita adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, jadi tidak berlaku sebarang pertelagahan, perebutan dalam kalangan parti sesama PN dan ini satu suasana yang sihat dan harmoni di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Wan Saiful turut membayangkan Bersatu mungkin akan bertanding dengan kombinasi mana-mana parti bersesuaian sekiranya UMNO menolak kerjasama dengan parti itu dalam menghadapi PRN Melaka.

Leave a Reply