IUKL perkenal peranti digital kesan penularan kes COVID-19

Hebahkan !!!

MoU antara IUKL, Microsoft Malaysia dan Techinsight Sdn Bhd bagi memperkenal sistem digital kesan COVID-19 

PERANTI digital bagi mengesan risiko penularan Covid-19 telah diperkenalkan oleh Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).

Dengan penghasilan peranti itu meletakan IUKL sebagai pusat pengajian tinggi pertama dalam negara berjaya melancarkan inisiatif sedemikian dalam mengesan kes risiko penularan Covid-19 di kampus.

Presiden dan Naib Canselor IUKL, Prof Datuk Dr Noor Inayah Yaakub berkata, peranti digital seperti jam tangan itu akan diedar kepada hampir 500 kakitangan universiti dan semua penuntut yang hadir ke kampus secara fizikal mulai Mac 2022.

“Sistem pengesanan risiko akan diletak di beberapa kawasan kampus sekiranya ada individu bergejala demam, selesema, atau batuk hampiri kawasan dalam lingkungan satu meter, peranti itu akan berbunyi dan mereka perlu laporkan kepada pihak bertanggungjawab di kampus,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani MoU antara IUKL dengan Microsoft Malaysia dan Techinsight Sdn Bhd bagi memperkenal sistem digital itu.

IUKL memperuntukkan lebih RM1 juta bagi membangunkan peranti digital tersebut bertujuan mewujudkan ekosistem bebas COVID-19 di kampus.

Leave a Reply