Rambut keluar dari kubur 100 tahun jadi misteri

Hebahkan !!!

SALAH sebuah kubur yang jelas kelihatan rambut mayatnya terkeluar 

KUNJUNGAN seorang lelaki ke perkuburan di California Amerika Syarikat membawa kepada satu penemuan pelik menyeramkan.

Berkongsi perkara itu di laman sosial TikTok, Joel Morrison, 37, ternampak sesuatu didakwa rambut manusia terkeluar daripada kubur akibat tidak diselenggara dengan baik.

Menurutnya, dia terkejut dengan penemuan itu dan tidak menyangka rambut mayat boleh terkeluar dari kubur sendiri.

“Saya terkejut dan pada masa sama tidak pasti sama ada apa saya lihat itu nyata.

“Tetapi setelah diperiksa lebih dekat, saya menyedari bahawa itu pasti rambut manusia terkeluar dari kubur,” katanya.

Jelasnya, perkara seumpama ini berlaku mungkin berpunca daripada keadaan kubur yang tidak diselenggara dengan baik.

Tambahan pula, ada kubur yang dirosakkan oleh tupai dan haiwan lain serta akar pokok yang menjalar dan membesar.

“Hal ini menyebabkan batu tanda kubur renggang dari tanah menyebabkan rambut mayat terkeluar dari celah regangan itu.

“Berdekatan kubur ada satu pohon besar yang akarnya menjalar dan merosakkan kubur berdekatan,” ujarnya.

MORRISON terkilan terdapat kubur tidak diselenggara dengan baik. 

Perkongsian Morrison tentang rambut itu telah mendapat lebih daripada 1.5 juta tontonan dan 290,000 sukainya.

Kebanyakan pengguna TikTok menyatakan bahawa penemuan itu merupakan sesuatu yang menyeramkan.

Leave a Reply