Penduduk berang, bakar ‘hidup-hidup’ pencuri motosikal

Hebahkan !!!

KES kecurian motosikal sering timbulkan kemarahan orang ramai – Gambar Hiasan

 

SEORANG pencuri motosikal maut akibat dibakar hidup-hidup oleh penduduk sebuah kampung di Jawa Timur, Indonesia baru-baru ini.

Menurut saksi yang dikenali Abdur Rahman berkata, lelaki yang didakwa pencuri itu dikatakan mencuri sebuah motosikal pada pukul 2 petang, kelmarin (Ahad).

“Sekitar pukul 4 petang suspek berjaya ditangkap oleh orang ramai dan dibelasah sehingga lembik,” katanya seperti dilaporkan Tribune News.

Tambah Abdur Rahman, namun semakin lama, semakin ramai penduduk yang hadir turut serta membelasah suspek dan akhirnya telah diseret ke kawasan lapang lalu dibakar hidup-hidup.

Tindakan itu dikatakan berpunca daripada ramai penduduk menjadi mangsa kecurian motosikal tidak berpuas hati dengan tindakan suspek itu yang didakwa telah berkali-kali ditangkap namun dibebaskan penduduk, masih melakukan jenayah yang sama mendorong tindakan membakarnya hidup-hidup.

“Kemarahan orang ramai semakin memuncak dan sukar dikawal sehingga lelaki itu akhirnya dibakar di kawasan lapang itu.

“Ada antara penduduk larang dia dibakar kerana keadaannya sudah tidak berdaya, namun larangan itu tidak diendahkan lagi oleh ramai mangsa yang marah,” katanya.

Sementara itu, kejadian ngeri itu turut dirakam dan dimuat naik ke media sosial, memaparkan  mayat suspek telahpun hangus dibakar bersama motosikal yang didakwa dicurinya.

Ketua Polis Kwanyar, Mohammed Mansur turut mengesahkan kejadian tersebut dan menyatakan  bahawa bedah siasat sedang dijalankan terhadap mayat lelaki itu.
HABIS..

Leave a Reply