Misteri kubur di San Bernardo, menukar mayat menjadi mumia

Hebahkan !!!

KEADAAN salah satu mayat yang telah bertukar menjadi mumia melalui proses semulajadi

JIKA orang Mesir purba menghabiskan masa ratusan tahun lamanya mencipta teknik memumiakan mayat, namun lain pula ceritanya dengan sebuah kubur di San Bernardo, Colombia.

Kawasan perkuburan ini menjadi tumpuan ramai apabila mayat-mayat yang dikuburkan dalam keranda masing-masing bertukar menjadi mumia dalam tempoh kira-kira puluhan taun.

Fenomena aneh dan pelik itu dikesan kira-kira 15 tahun lalu seorang penggali kubur, Eduardo Cifuentas, yang menyifatkan ‘mayat-mayat dimumia’ secara semulajadi itu mungkin telah berada di situ sejak tahun 1957, namun tiada siapa menyedarinya.

Katanya, masa yang berlalu menukarkan warna pakaian dan kulit mumia kepada warna coklat selain ia turut berkedut.

Satu-satunya tempat di mana berlaku proses semulajadi mumia sebelum ini ialah sebuah pekan tengah Mexico yang dikenali sebagai Guanajuato, yang dipercayai berlaku kerana kewujudan gas bawah tanah selain keadaan tanah itu sendiri.

Namun, kubur di San Bernando keadaannya berlainan kerana mayat-mayat ditanam di bilik bawah tanah menjadikannya tidak tersentuh tanah.

Penduduk-penduduk tempatan ada berpendapat faktornya mungkin disebabkan oleh air bersih bawah tanah terdapat di kampung itu selain kekurangan bahan kimia dalam makanan mereka semasa hidup.

Pada masa sekarang, terdapat lebih 2 dozen mumia didirikan secara menegak di kebanyakkan dinding bawah tanah perkuburan tersebut dan kini, ia menjadi antara tarikan utama pelancong ke Colombia.

 

ANTARA lokasi menarik tumpuan pelancong bercuti sambil mengambara di San Bernando.

Terletak di kepulauan menghubungkan pantai Caribbean, San Bernando kira-kira 80 kilometer di selatan Cartagena itu, semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong yang gemar mengembara serta meneroka lokasi berdimensi budaya serta sejarahnya yang tersendiri.

Datuk Bandar Cartagena, mengarahkan sebuah muzium khas dibina di belakang kawasan perkuburan itu di mana terdapat 8 mumia terpelihara dipamer sebagai mercu tanda destinasi popular dan unik dengan khazanah tersendiri.

.

Leave a Reply