Kes hilang AS$6.94 juta: AGC kembali semula kertas siasatan

Hebahkan !!!

Firdaus Azil on Twitter: "[Terkini] Pihak SPRM sita sekitar USD6.3 juta, termasuk dua jam Rolex dan sebuah komputer riba, dari beberapa lokasi, termasuk kondo di Cyberjaya. Ia berhubungkait penahanan bekas Ketua Pengarah

KETUA Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki di sidang media mengenai rampasan barang kes

 

JABATAN Peguam Negara (AGC) telah memutuskan untuk kembalikan semula kertas siasatan berkaitan kes kehilangan wang AS$6.94 juta.

Keputusan itu dibuat selepas AGC mengkaji dan meneliti kertas siasatan kes tersebut sebelum ini yang diterima pada 28 September lalu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jabatan Peguam Negara mendapati wujud kesalahan-kesalahan lain yang memerlukan siasatan lanjut dilakukan oleh agensi penguatkuasaan berkaitan,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.

SPRM sebelum ini menahan tiga pegawainya selepas bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid membuat laporan bahawa sejumlah besar wang tunai yang dirampas dalam siasatan terhadapnya pada 2018, didapati hilang.

Hasanah didakwa pada 2018 dalam kes pecah amanah (CBT) melibatkan RM50.4 juta milik kerajaan.

SPRM merampas wang tunai dan barang-barang lain daripadanya berkaitan dengan siasatan.

Pada April, mahkamah memutuskan Hasanah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan dan perbicaraan kes.

Berikutan itu, Hasanah ke SPRM untuk menuntut wang tunai yang dirampas dan mendapati RM25 juta telah hilang.

Leave a Reply