Kalau hati tisu, lupakan untuk lawati lokasi ini

Hebahkan !!!

PEPATAH ada menyebut, jauh berjalan luas pandangan. Namun, pernah anda terfikir untuk singgah ke tempat-tempat misteri dan menyeramkan?

Jika ya, anda memang berhati kental!. Di sini, diketengahkan 2 lokasi yang setiap satunya punyai sejarah dan latar cerita tersendiri.

Jadi tidak salah kita menambah sedikit ilmu sejarah kepercayaan masyarakat setempat.

1. Pulau Boneka, Mexico
Kisah bermula apabila mayat kanak-kanak perempuan yang lemas ditemukan di lokasi itu menyebabkan rohnya terus menghantui penduduk kawasan sekitarnya.

Bagi meredakan gangguan itu, penduduk terpaksa menggantung anak patung untuk mententeramkan roh kanak-kanak itu.

Menurut penduduk setempat, kepala anak patung tergantung di pulau itu adakala akan berpusing dengan sendirinya dan ada masa tertentu pula matanya akan terbuka, tertutup juga secara sendiri.

PELBAGAI jenis bantuk dan rupa patung digantung di kawasan ini bagi redakan roh

Selain faktor mistik, wujudnya roh jahat itu turut dikaitkan aktiviti pemujaan dilakukan segelintir individu mengamal ilmu hitam bertujuan meraih kemasyuran.

Maka, tidak hairan pulau turut dikenali Xochimilco Island menyimpan 1,001 kisah misterinya. Sesetengah warga mendakwa mayat kanak-kanak mati lemas dan sudah kembang itu ditemukan tergantung pada pokok berhampiran sungai itu.

Mereka turut mempercayai, adanya patung  digantung, roh berkeliaran di kawasan itu semakin kurang mengganggu manusia kerana asyik bermain dengan patung pelik dan menyeramkan di situ.

ANTARA salah satu banglo tinggal yang didakwa agak ‘keras’ penunggunya.

2. Bunggalo Bukit Fraser,
Tahukah anda, ada beberapa unit banglo di Bukit Fraser tawarkan sewa sangat murah jika dibanding dengan saiz serta kemudahan disediakan serba mencukupi.

Sedar atau tidak, ada sebuah banglo di sini telah disenaraikan antara lokasi menyeramkan? Ini kisahnya!

Kejadian awal tahun 2000 itu membabitkan sepasang suami isteri yang berbulan madu telah berdepan pengalaman cemas, sukar dijangkau logik akal manusia.

Apa tidaknya, apabila si isteri secara tiba-tiba hilang keesokan harinya hanya setelah sehari bermalam di rumah Banglo terbabit.

Suami mangsa pula turut lalui pelbagai kejadian aneh. Namun, tidak disangka-sangka seorang wanita muncul mmengaku sebagai isteri kepada lelaki itu. Pelik!

BANGLO asal yang dijadikan set utama bagi pengggambaran filem Misteri Dilaila

Kisah misteri yang agak popular sering diperkatakan penduduk setempat sehingga turut difilemkan menerusi layar perak Misteri Dilaila menampilkan pelakon seperti Zul Arifin dan Elizabeth Tan.

Namun itu sekadar cerita di layar perak, manakala secara realitinya pula, Bukit Fraser yang dinamakan sempena seorang pedagang bijih timah berbangsa Inggeris, Louis James Fraser.

Beliau datang ke Bukit Fraser untuk beli bijih timah dari pelombong Cina. Namun secara misteri, beliau hilang tiba-tiba dan jasadnya sehingga kini tidak pernah ditemui.

Bukit Fraser juga terselit satu sejarah penting negara berlaku 6 Oktober 1951, apabila Sir Hendry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu telah terkorban dalam serangan hendap komunis. Beliau dalam perjalanan ke salah sebuah banglo milik kerajaan di Bukit Fraser.

Banglo-banglo di Bukit Fraser bercirikan senibina Inggeris, bagi mengubat rindu pegawai Inggeris akan suasana kampung halaman mereka. Dikatakan suhu pada masa tersebut hampir sama musim bunga/luruh di negara asal mereka.

Sehingga kini, sebahagian banglo-banglo lama itu masih berdiri teguh malah ada juga sudah luput ditelan zaman. Jadi, bermacam cerita diperihalkan berkenaan banglo tinggal termasuk satu daripadanya dikatakan dihuni Bunian yang mengambil isteri pasangan berbulan madu di situ.

Oleh kerana bangsa Bunian gemar jadikan manusia sebagai pasangan hidup, maka si isteri telah dighaibkan lalu dijelmakan bunian seakan dirinya untuk mendampingi suami tadi. Pernahkah anda dengarnya?

Leave a Reply