Perancis juara Liga Negara-Negara UEFA

Hebahkan !!!

JUARA dunia, Perancis membuktikan Les Bleus dalam kelas tersendiri apabila bangkit ketinggalan satu gol untuk menewaskan Sepanyol 2-1 pada perlawanan akhir Liga Negara-Negara UEFA di Milan awal pagi tadi.

Dalam perlawanan berintensiti tinggi di Stadium San Siro itu, Le Bleus dipacu

Didier Deschamps ternyata berdepan tekanan hebat barisan muda Sepanyol kendalian Luis Enrique yang menguasai permainan pada babak pertama.

Anak buah Enrique yang menjinakkan Itali 2-1 di pentas empat terbaik berjaya menghadirkan penguasaan bola pada perlawanan tersebut, namun gagal menyaingi kematangan penyudah tulen Deschamps yang diterjemahkan dengan ketenangan ketika bangkit ketinggalan dua gol bagi menyingkirkan Belgium 3-2 di Turin sebelum ini.

La Roja berjaya menembusi gawang La Bleus pada minit ke-64 hasil jaringan tonggak Real Sociedad, Mikel Oyarzabal bagi menewaskan Hugo Lloris sebelum anak buah Deschamps mula mempamerkan kematangan untuk kebangkitan luar biasa selepas itu.

Penyudah Real Madrid, Karim Benzema mengetuai kebangkitan Perancis bermula dengan gol pada minit ke-66 sebelum penyerang sensasi Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe mengesahkan kemenangan mutlak pasukannya dengan gol minit ke-80.

Leave a Reply