Abang PM, Kamarazaman sah lancar parti baharu

Hebahkan !!!


KAMARULZAMAN berucap melancarkan Parti Kuasa Rakyat di Kuala Lumpur.

PARTI Kuasa Rakyat (Kuasa) dilancarkan secara rasmi pada Ahad, dijangka mempelbagaikan lagi pilihan berpolitik bagi rakyat Malaysia yang bakal melalui Pilihanraya Umum Ke-15 tidak lama lagi.

Presiden parti, Kamarazaman Yaakob yang juga abang kepada Perdana Menteri memperkenalkan parti baharu itu di Kuala Lumpur, dengan fokus terhadap PRU15 sebagai kemunculan pertama parti yang terbuka untuk pelbagai bangsa itu.

Kamarulzaman, bekas ahli Parti Sosialis Rakyat Malaysia dilaporkan berkata, Kuasa tidak hanya tertumpu kepada satu kaum sebaliknya menjadi medan berpolitik bagi semua kumpulan etnik di negara ini dengan fokusnya terhadap kebajikan dan keperluan rakyat terbanyak.

“Kamarulzaman sebagai Presiden Kuasa dipilih berdasarkan sistem penggal, akan dibuka kepada semua etnik group termasuk penduduk Malaysia timur (Sabah dan Sarawak),” lapor Free Malaysia Today, semalam.

Kuasa dikatakan bakal menjadi parti menerajui suara rakyat dengan fokus terhadap pendidikan, isu-isu perumahan serta kesihatan rakyat selain peluang pekerjaan golongan B40 dan M40.

Selain itu, Kuasa juga perjuangkan pemansuhan PTPTN bagi digantikan dengan sistem Biasiswa untuk anak-anak dalam kalangan keluarga B40 dan M40 melanjutkan pengajian ke universiti.

“Parti Kuasa turut menekankan keperluan untuk memberikan autonomi kepada ahli-ahli di Sabah Sarawak.

“Mereka bukan sahaja mempunyai kebebasan tentukan pemimpin peringkat negeri malah memilih perwakilan masing-masing untuk ke pusat memperuntukkan kuota jawatan Timbalan dan Naib Presiden Parti Kuasa,” kata Kamarulzaman berucap di pelancaran parti itu secara rasmi, semalam.

Antara muka lama politik yang turut menjadi Ahli Jawatankuasa parti itu termasuklah bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan, Ahli G25, Nik Abdul Aziz Nik Hassan, Datuk Mohamad Nasir Saludin, Bekas Ketua Parti Amanah Pahang Hamzah Jaaffar, Datuk Anas Yusof Sulaiman dan Helmi Ibrahim serta Sahandri Gani Hamzah dan bekas Ahli MCA, Ching Eu Boon.

Kamarulzaman bekad Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Malaya yang turut serta dalam protes di Baling pada 1974 memperjuangkan soal harga getah selain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Leave a Reply