“Idris Haron Miliki Karektur Membaling Batu Dan Sembunyi Tangan” – Ab Rauf

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

“Idris Haron Miliki Karektur Membaling Batu Dan Sembunyi Tangan” – Ab Rauf

“Idris Haron miliki karektur membaling Batu dan Sembunyi tangan” , kata Ab Rauf didalam satu wawancara pada sebuah protal malam tadi.

Temuramah yang diadakan berlansung dalam suasana agak  serius dalam membicarakan kamelut terkini yang terjadi dinegeri Melaka.

Ab Rauf tidak menyimpan sedikit pun luahan pendapat  selain melepaskan segalanya pada wartawan yang melontarkan soalan.

Ab. Rauf turut menyatakan  perbuatan Idris Haron ini semua terjadi apabila dia telah tewas bertanding dikawasan nya sendiri di Tangga Batu.

Bermakna orang UMNO dikawasan sendiri pun telah menolak Idris walaupun dia pernah menjadi Ketua Menteri Melaka.

Perasaan tidak puas hati Idris setelah kalah dipertandingan bahagian lalu dijadikan kepada agenda peribadi.

Sebenarnya perancangan menjatuhkan kerajaan negeri Melaka telah dibuat lama sebelum ini.

Akibat tidak puas hati dan nafsu serakah individu terbabit dan bukan untuk kepentingan rakyat negeri Melaka.

Dalam wawancara yang sama, Ab Rauf juga turut menafikan dakwaan bahawa beliau sering mencampuri keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Melaka dan membelakangi keputusan EXCO.

Pada soalan ini, Rauf menyatakan “Saya tidak dapat melihat macam mana mesyuarat EXCO ini berjalan, kaedah dan bagaimana pengurusan nya,tapi yang saya faham, mesyuarat EXCO hanya diputuskan oleh EXCO EXCO itu sendiri, dan diwakili oleh Setiausaha kerajaan Negeri , diwakli oleh Penasihat Undang undang negeri dan Penasihat kewangan negeri, jadi bagaimana pula saya boleh menghalang keputusan EXCO sedangkan mesyuarat EXCO itu berjalan tanpa kehadiran saya?”

“Saya tidak pernah merayu atau minta nyawa dari DAP”, ujar Ab Rauf pada dakwaan yang viral bahawa UMNO Melaka minta nyawa dari DAP.

Apa yang dilakukan hanya lah hadhir atas ajakan  Timbalan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ali yang juga Ketua Bahagian Tangga Batu yang menewskan Datuk Idris Haron pada pertandingan Ketua Bahagian.

Saya hanya mahu melihat apakah perancangan DAP bersama Empat orang yang berusaha menjatuhkan kerajaan negeri Melaka” ujar Rauf.

Pembaca boleh lihat ulasan Ab Rauf berkenaan perancangan sulit yang dijalin oleh ke Empat empat individu bersama Pakatan Harapan dan DAP pada video dibawah ini.

Pada wawancara ini, Ab Rauf juga turut mendakwa sisi buruk Idris Haron yang suka melontar batu dan sembunyi tangan , ini semua boleh didengar dan di tonton di sini :-

 

Leave a Reply