Anggota PGA dicekup angkut PATI dari Thailand

Hebahkan !!!

SHAFIEN Mamat melihat antara barangan yang dirampas daripada suspek dan PATI.

“Harapkan pegar, pegar makan padi’ Itu perumpamaan sesuai gambarkan tindakan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat Koperal ditahan bersabit kes penyeludupan.

Suspek berusia 33 tahun, ditahan polis pada pukul 10 malam selepas mengangkut enam pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Thailand di Lalang Pepuyu, Rantau Panjang, 7 Oktober lalu.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat, polis turut merampas wang tunai RM1,276 mata wang Thailand, telefon dan beberapa dokumen pengenalan diri.

Anggota PGA itu katanya, ditahan ketika pasukan Cawangan Khas IPK Kelantan dan bersama IPD Pasir Mas, meronda di Lubok Gong, sebelum melihat kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex dalam keadaan mencurigakan.

Jelasnya sekepas ditahan dan pemeriksaan mendapati dua lelaki, seorang anggota polis memandu kereta, rakannya di tempat duduk sebelah, manakala enam lagi warga Thailand berusia antara empat hingga 48 tahun di bahagian penumpang belakang.

“Semua warga Thailand, lima wanita serta seorang kanak-kanak terbabit ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan ada sudah tamat tempoh.

“Anggota itu mendakwa datang mengambil semua migran untuk dijadikan pekerjanya di kedai makan di Kuantan. Hasil pemeriksaan, mendapati semuanya masuk secara tidak sah menerusi pangkalan haram di Sungai Golok,” jelasnya.

Menurut Shafien, kesemua mereka mengaku datang ke Malaysia untuk bekerja kedai makan di Taman Melawati dan Gombak turut menafikan bekerja di kedai anggota itu.

Katanya, suspek dipercayai telah menyewa MPV berkenaan dengan kadar RM450 untuk mengangkut PATI dan hasil siasatan polis mendapati anggota itu pernah bertugas di sempadan sebelum dikenakan tindakan disiplin lalu dipindahkan ke Pahang.

“Anggota polis bersama rakan direman 28 hari mulai tarikh ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) disiasat me NGikut 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Akta Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Sementara PATI ditahan siasatan mengikut 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

“Kita tidak berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk anggota polis sekiranya mereka melakukan kesalahan dan telah pun melanggar undang-undang,” katanya.

Leave a Reply