Melaka Boleh Jadi Makmal Ujian Untuk SPR, UMNO Dan PPBM

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Dilaporkan Suruhanjaya PilihanRaya Malaysia sudah ada cara pengundian untuk era Covid.

Sambil itu UMNO dijangka bertanding sendirian pada PRU15, dan Parti Bersatu dikatakan mahu langgar UMNO pada PRU15.

Jadi, bukankah Melaka boleh jadi tempat masing masing entiti ini mencuba?

Kami juga diberitahu bahawa SPR sudah senaraikan “Do’s and Don’t”: nya bagi menghadapi PRU15.

Kaedah baru SPR ini dikatakan telah menyenaraikan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam kempen mengadakan Pilihanraya dalam situasi mengawal jangkitan Covid.

Syarat syarat dan terma terma yang dibuat khas bagi PRU15 yang bakal tiba sangat elok jika Melaka dijadikan Makmal uji atau “testing ground” baru pengundian SPR.

Melaka sangat sesuai atas sebab ia kawasan yang terhad , dan ujian praPRU15.

Apa apa kesilapan dalam mengimplitasi kaedah baru SPR , boleh diperbetulkan sebelum PRU15 yang sebenar.

Jika ada kesilapan pun ia dalam skala kecil dan terkawal sebelum PRU15 yang besar dan mega.

Tanpa khemah , tanpa pondok, tanpa ceramah besar atau apa sahaja, Melaka lah tempatnya.

Sambil itu, bagi parti seperti UMNO Melaka juga boleh jadi gelanggang pertama uji kaji UMNO bertanding solo.

Sambil itu kepimpinan UMNO boleh lihat orang orang seperti Shahidan Kassim dan Annuar Musa dan gelagat pro pro Bunga akan berkempen untuk siapa pada PRN Melaka ini.

Parti Pribumi Bersatu juga boleh uji diri mereka seperti yang dikatakan oleh Presisden mereka akan langgar UMNO.

Sambil itu UMNO boleh lihat adakah PPBM akan pedajal UMNO lagi seperti di RN Sabah dimana mereka pasang calon bebas dari bekas UMNO untuk lawan UMNO bagi memecahkan undi UMNO.

Benar , Melaka sangat sesuai untuk SPR, UMNO dan PPBM jadikan makmal ujian atau pun “testing ground’.

Leave a Reply