Bau, bunyi pelik di koridor – ‘Belaan’ ganggu pelajar

Hebahkan !!!

 

 

PENGALAMAN tinggal di asrama beraneka ragam, pasti menggamit memori berharga pelajar. Sama ada gembira, bahagia, sedih atau lucu pastinya mengilhamkan kenangan sukar dilupakan bersama teman.

Ramai orang kata, tinggal di asrama, cerita histeria selalu berlaku, belum lagi terdengar bunyi di bilik kosong ketika pelajar balik kampung. Ia seolah-olah perkara biasa yang boleh dikatakan pelik tetapi benar.’.

Imbau Fitri, kisah seramnya bermula apabila rakan-rakan meminta berpindah katil meskipun warden asrama telah menetapkan dia menggunakan katil bawah.

Bulu roma terus menegak seorang penghuni dorm iaitu Am memberitahu katil itu mengeluarkan bunyi bising memandangkan terdapat loceng diikat pada tiang katil oleh warden asrama dengan alasan untuk memaklum bila seharusnya perlu tidur.

“Bukan sahaja mereka, saya sendiri tak faham dengan pesanan warden. Malam kami tidur beramai-ramai dan Syafiq minta saya tidur di tengah-tengah.

“Buat saya bertambah seram apabila dia turut menghulurkan surah Yasin dan minta saya membaca apa sahaja surah yang saya hafal dan faham maksudnya,” katanya.

Am pula menutup semua tingkap di dalam bilik kecuali yang terletak di katilnya dibiarkan terbuka namun loceng berikat di katil masih belum keluarkan bunyi.

Pelik dengan situasi itu kata Fitri, Am bertanya kepadanya sama ada dia ada membawa barang ‘berat’ seperti boleh menjaga dan melindunginya.

“Saya rasa tak bawa apa-apa kecuali sebatang jarum lama pemberian nenek disimpan dalam kotak pensel. Am mula berasa sesuatu tak kena.

“Dalam mereka mengandaikan tentang jarum itu, tiba-tiba loceng berkenaan berbunyi nyaring dan Am meminta saya pejam mata sekiranya ternampak sebarang kelibat.

“Kami semua terus baring, saya menghadap ke kiri, rasa seperti sesuatu merenung kami. bila saya lihat hujung penjuru dorm seperti ada bayangan seekor monyet berbulu hitam, tangan monyet itu sangat panjang.Sangat menakutkan!

 

Am memberitahu ‘benda’ dilihat itu yang dilepas warden untuk mengawasi pelajar di asrama.

“Syafiq beritahu cubaan halau ‘benda’ itu tidak berjaya kerana akan ada sahaja halangan. Lebih menyeramkan ia seperti tahu niat menghalau . mungkin ini tempat asal dia,” ceritanya.

Tidak mahu menunggu lama, Fitri segera menelefon bapanya dan menceritakan semua kejadian dan bapa berjanji akan datang ke sekolah bersama seorang rakan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Tapi belum sempat ayah datang, warden pangil saya dan minta saya keluar dari asrama atau bertukar sekolah dan tidak beri alasan mengapa saya perlu berbuat demikian.

“Sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya mengapa dia berasa seperti saya seolah-olah ‘halangan’ di asrama. Walaupun perstiwa itu telah lama berlaku ia masih segar dalam ingatan,” ujarnya.

Leave a Reply