Sudahlah ceroboh, kini kuil tuntut pampasan pula – Wan Asshima

Hebahkan !!!

TINDAKAN pengusaha sebuah kuil meminta pampasan sekiranya mahukan mereka keluar dari tanah diceroboh, menimbulkan rasa marah pelbagai pihak yang mempersoalkan kewajaran tindakan tersebut.

Bagi Pengasas Pondok Hijrah Muslimah Malaysia (MUM), Wan Asshima Kamaruddin, tindakan pihak kuil ternyata biadap dan langsung tidak menghormati hak pemilik tanah selain bertindak seperti samseng.

“Yayasan Kubra tidak menyuruh sesiapa pun menjaganya.Tindakan pihak kuil amat tidak masuk akal, sudahlah menceroboh secara haram, berani tuntut pampasan,” kata Wan Asshima mengenai kes bina kuil haram di tanah Yayasan Kubra, di Rawang Perdana.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat Jawatankuasa Yayasan Kubra yang turut sepakat menghantar notis kepada pihak kuil meminta mereka mengosongkan tanah dalam tempoh 14 hari notis.

Namun katanya, notis arahan dan banting yang diletakkan sebagai penerangan bukan saja telah ditanggalkan pihak ada kaitan dengan kuil, malah turut mendirik tebing konkrit di tepi kuil terbabit.

“Mereka seolah tidak peduli akan amaran yang diberi sedangkan satu laporan polis pernah dibuat pependuduk tempatan pada 2018 dan khabarnya pihak polis di dalam proses siasatan sehingga kini.

” Kita juga buat laporan polis pada Mac 2021 lalu supaya tindakan berlandaskan undang-undangt segera diambil,” katanya juga Ahli Jawatankuasa Yayasan Kubra.

 

Isu seumpama katanya, perlu perhatian serius pihak berkuasa termasuk barisan kepimpinan negara bagi menghentikan kes ceroboh tanah untuk dibina rumah ibadat dari terus berleluasa sehingga berulang tragedi seperti anggota bomba terbunuh  akibat tindakan biadap perusuh.

“Isu ini semakin lama semakin menjadi-jadi dan kami difahamkam, terdapat tiga kuil telah di bina di kawasan sekitar sepertinya mereka kebal.

“Kita pula jadi takut sedangkan kita mempunyai hak sebagai tuan tanah sah. Apakah isu ini perlu dibiar berterusan sedangkan pihak pelaku pula mengambil enteng kerana tiada tindakan tegas yang dilakukan setakat ini.

“Jadi, kami kini ingim mendesak pihak berkuasa dan agensi keselamatan seperti polis membuat tindakan berlandaskan undang-undang, wujudkan mekanisma khusus bagi mencegahnya daripada terus berulang dan berluasa,” katanya.

Leave a Reply