Pulangkan kereta rasmi kerajaan negeri, bukan YB Norhizam punya

Hebahkan !!!

 

 

BEKAS Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee diminta memulangkan kereta rasmi diperolehi semasa menjawat Exco.

Perkara itu dimaklum Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad yang merayu dan mohon kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu segera menyerahkan semula aset kerajaan negeri yang diamanahkan kepada beliau.

“Pemulangan itu selari dengan tindakan Norhizam yang sebelum ini telah menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, Isnin lalu.

Saya rayu kerana aset berkenaan sebelum ini diamanahkan oleh kerajaan negeri kepada beliau selagi memegang jawatan sebagai ADUN Melaka,” katanya seperti dilaporkan Utusan.

Kamel berkata demikian pada sidang media perasmian Hari Sukan Negara peringkat negeri di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) di Serkam.

Sehingga hari ini, hanya ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron sahaja telah memulangkan aset kerajaan pada Khamis lalu, manakala ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad pula meminta untuk menangguhkan pemulangan kereta berkenaan sehingga Isnin ini.

Leave a Reply