Masalah jalan berlubang: Shahidan kongsi nombor, minta rakyat hubunginya

Hebahkan !!!

ADUAN jalan rosak dan berlubang akan cuba ditangani segera dalam masa 24 jam.

MENTERI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim kini berkongsi nombor telefon bimbitnya sambil meminta earga kota supaya memaklumkannya masalah jalan berlubang di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia ke-12 bagi kementerian berkata selain menghubunginya, warga kota boleh berkongsi maklumat masalah jaladengan Timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

“Boleh hubungi saya talian 019-4545111, Timbalan saya, Datuk Seri Jalaluddin, 019-6524444 dan Datuk Bandar (Kuala Lumpur) Mahadi, 0162068883,” katanya.

Tambahnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga urut akan bertindak atas apa jua aduan kerosakan jalan raya di ibu negara dalam masa 24 jam.

“Kami bersiap siaga. Rakyat Malaysia boleh hubungi. Yang baru datang Kuala Lumpur, jumpa jalan berlopak boleh terus hubungi dan kami akan cuba segera ambil tindakan dalam 24 jam,” katanya sebagai bukti komitmen untuk nenangani sebarang isu infrastruktur serta kemudahan demi keselesaan rakyat.

Leave a Reply