Sehingga Kini, UMNO Masih Jadi Mimpi Ngeri Kepada Mahathir

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Bila ditanya berkenaan parti PEJUANG yang masih berasaskan kaum, apa jawapan Tun Mahathir?
Seperti biasa, UMNO menjadi jawapan “default” kepada Mahathir, iaitu PEJUANG terpaksa menjadi sebuah parti berasaskan kaum untuk bersaing dengan UMNO.

Tun Mahathir tidak boleh hidup tanpa menyebut nama UMNO dan Najib sebenarnya tidak ada kekuatan politik sendiri jika tanpa guna kedua-dua default UMNO atau Najib .

Jika dahulu ketika menjadi Presiden UMNO, Tun Mahathir jadikan Anwar Ibrahim sebagai defaultnya.

Sesiapa benci Anwar meliwat maka harus menyokongnya.

Jika tidak menyokong maka dikira menyokong peliwat.

Lebih awal dari itu, Tun Mahathir perguna default “DAP” iaitu sesiapa benci DAP maka berada di pihak menyokong beliau.

Ia sama dengan Presiden Bush ketika isytihar perang dengan “terroris” selepas serangan World Trade Centre.

‘Either you are with us , or you are with them”.  Tiada pilihan berdiri ditengah-tengah.

Maka dapatlah sokongan penuh tanpa berbelah bagi atas sebab syarat yang dinyatakan.

Menjadikan alasan parti PEJUANG bersikap parti rasis berpaksi Melayu atas sebab untuk menewaskan UMNO hanya alasan lemah dan petanda hipokrasi Tun Mahathir untuk mengelakkan parti PEJUANG  dilabelkan sebagai parti milik keluarga anak beranak Mahathir.

Mahathir juga menyatakan tentang sokongan mutlak sekelompok pengundi yang akan mengundi berdasarkan kaum.

“Orang ini tidak akan menyokong parti berbilang kaum. Sekiranya tidak ada parti Melayu lain, orang luar bandar akan memilih Umno,” katanya dalam catatan blognya’

Maka dengan alasan ini, dikira PEJUANG sudah ada alasan untuk wujud sebagai sebuah parti.

Namun, semua sudah tahu sejarah Tun Mahathir bersama UMNO.

Musuh-musuh UMNO hari ini hampir kesemua adalah hasil ciptaan Mahathir.

Parti Keadilan Rakyat, juga parti milik keluarga Anwar tercipta atas sebab konfliknya dengan Mahathir.

Sebelum ini, parti Semangat 46 menjadi musuh UMNO dan wujud atas sebab konflik Mahathir bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Kini wujud PPBM , juga kerana Mahathir, dan akhir sekali wujud Parti PEJUANG atas sebab konflik antara Mahathir dengan “Mahathir” sendiri.

Mahathir juga cuba perbodohkan rakyat dengan lakon layar PEJUANG tiada wang dan benci rasuah.

Mungkin benar , dakwaan Mahathir jika rasuah dikira sebagai “Offset”.

Terma rasuah hanya sesuai untuk pihak lain sahaja, jika ia terpalit kepada kelompok pro Tun Mahathir maka dikira bukan rasuah tetapi “Offset”.

Mendakwa parti PEJUANG tiada wang , hanya laku bagi mereka mereka yang amatur dalam politik.

Semua pun tahu tentang hubungan Mahathir dengan kroni yang kaya raya dan proksi bermaharajalela.

Beliau juga berkata parti politik lain di negara ini turut berasaskan kaum kerana rakyat Malaysia berkeras mahukannya bagi mengenal pasti asal-usul mereka.

“Selagi kita mengekalkan identiti dengan negara asal-usul kita, politik dan parti politik di Malaysia akan tetap bersifat perkauman.”

Jika dikaji sejarah Mahathir, beliau boleh bercakap satu perkara di waktu pagi, dan bercakap perkara berlawanan di waktu petang, itu Mahathir.

Selama berpuluh tahun Mahathir mengajar orang UMNO untuk membenci DAP, namun menggunakan sedikit alasan sahaja untuk menyuruh orang Melayu dan UMNO menyokong DAP pada PRU14.

Begitu juga dengan Anwar Ibrahim, Tun Mahathir boleh menjilat semula Anwar Ibrahim atas sebab mahukan sokongan sehingga sanggup melangkah kaki sendiri mengadap Anwar di mahkamah.

Sedangkan dalam satu ucapan di negeri Sarawak Mahathir berkata “Orang sebegini, kita nak beralih belakang pun tak berani nak dekat pun takut”.

Sebenarnya tiada masalah pun jika Mahathir hendak buat apapun. Tetapi atas keperluan peribadi dengan kait nama UMNO sangat memualkan bukan sahaja ahli UMNO, malah rakyat kebanyakkan.

Dulu bila Mahathir bermasalah , habis diseret seluruh UMNO ikut sama, tapi jika diagih kekayaan dan projek, Mahathir hanya untungkan “circle”nya sahaja, ia itu kroni dan anak.

Orang UMNO tetap kerja sebagai Pak Guard dan drebar lori.

Jika Mahathir bergaduh dengan Raja Raja Melayu, maka digambarkan UMNO yang berkonflik dengan Raja Raja Melayu.

Sama juga ketika Mahathir berkonflik dengan Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas.

Ia gaduh peribadi tapi UMNO diseret sama dalam konflik itu dan dengan setianya ahli UMNO berdiri teguh dibelakang Mahathir.

Tapi itu semua ketika Mahathir boleh pergunakan UMNO.

Sebaik sahaja UMNO bukan lagi alat sedut projek dan Presiden UMNO tidak dapat dipulas telinga , maka disitu lah mula semua keburukan UMNO.

Mahathir sentiasa gunakan UMNO , tanpa umno dan kuasa Presiden UMNO,  sebatang besi KLCC pun Mahathir tidak dapat tegakkan.

Seperti kata seorang bloggers dan penulis politik, Raja Petra Kamaruddin, “Mahathir menjadikan kroninya dari millionair kepada bilionair”

Rumusan kepada penceritaan ini adalah Mahathir harus  berhenti menggunakan nama UMNO untuk melepaskan diri tiap kali buntu menjawab.

Jika ada kekuatan diri sendiri tidak perlu menjadikan UMNO sebagai default.

Apa guna hina dan cerca UMNO jika akhirnya menjilat MP UMNO untuk melompat beri sokongan.

Tidak kah itu satu penghinaan kepada diri sendiri?

Sangat jelas, walaupun Mahathir disanjung dan dipuja oleh pentaksubnya, tetapi hakikat Mahathir masih  belum dapat melupakan UMNO dan UMNO masih lagi menjadi mimpi ngeri kepada Mahathir.

Leave a Reply