PEJUANG perlu jadi parti berasaskan kaum kerana Umno, kata Dr M

Hebahkan !!!

Mahathir Mohamad sitting in a chair talking on a cell phone: Dr Mahathir Mohamad berkata, PEJUANG dijangka bertanding di kawasan luar bandar yang ramai populasi Melayu.© Provided by Free Malaysia Today Dr Mahathir Mohamad berkata, PEJUANG dijangka bertanding di kawasan luar bandar yang ramai populasi Melayu.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keperluan parti berasaskan kaum, dengan mengatakan bahawa dalam kes PEJUANG, ia berlaku kerana parti itu dijangka akan menentang parti Melayu iaitu Umno.

Bekas Perdana Menteri itu yang juga pengasas dan Pengerusi PEJUANG berkata parti itu dijangka bertanding di kawasan luar bandar yang penduduknya kebanyakannya berbangsa Melayu.

“Orang ini tidak akan menyokong parti berbilang kaum. Sekiranya tidak ada parti Melayu lain, orang luar bandar akan memilih Umno,” katanya dalam catatan blognya malam ini.

Mahathir berkata, walaupun ada beberapa isu lain, kaum dan wang adalah “lebih utama”.

Selain itu, katanya, disebabkan PEJUANG tidak mempunyai wang, ia perlu bergantung kepada isu “kaum dan kempen antirasuah” untuk menarik pengundi.

Beliau juga berkata parti politik lain di negara ini turut berasaskan kaum kerana rakyat Malaysia berkeras mahukannya bagi mengenal pasti asal-usul mereka.

“Selagi kita mengekalkan identiti dengan negara asal-usul kita, politik dan parti politik di Malaysia akan tetap bersifat perkauman.”

Pada tahun 2018, Mahathir mempertahankan strategi Bersatu yang berasaskan kaum. Beliau yang ketika itu menjadi Pengerusi parti berkata ia pendekatan realistik kerana rakyat Malaysia masih berpecah mengikut garis perkauman.

Menurutnya, walaupun terdapat kritikan terhadap pendekatan itu, hakikatnya adalah parti politik masih memilih calon dari kalangan kaum majoriti yang mereka hadapi.

Mahathir meletak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu pada Februari tahun lalu dan menubuhkan PEJUANG enam bulan kemudian.

Leave a Reply