Nekad tinggal kerja offshore demi ibu, kini bisnes jual cream puff

Hebahkan !!!

 

DUIT boleh dicari, mak dan ayah tiada galang-ganti. Begitulah kata-kata lelaki 29 tahun ini yang tinggalkan kerjayanya demi menjaga ibu tercinta.

Azrul Nizam Azali, pernah bekerja di syarikat cari gali minyak di Terengganu sebelum mnamatkan perkhidmatannya pada 2016 bagi menguruskan ibunya, Fatimah Ariffin, 66, bermasalah buah pinggang.

Enggan mempersia masanya selepas pulang ke kampung di Yan, Kedah, dia mula niaga cream puff sebelum menjadi pengusaha kek sejak awal 2017.

“Saya bermula dengan jual cream puff di rumah. Kemudian dah ada pelanggan, saya cuba ikut permintaan mereka, lalu saya buat kek pula.

“Dari situ saya menapak dari satu tapak ke tapak yang lain. Pada tahun 2019 saya buka kedai, kemudian tahun 2020 sebuah lagi kedai dibuka.

“Satu kedai untuk production, satu lagi untuk jualan,” ujarnya yang menganggap berkat pengorbanan menjaga ibu, rezeki melimpah kerana doanya tak pernah putus.

Ayul kini merancang untuk membuka sebuah kilang roti tahun 2022 nanti sebagai satu anjakan penting dalam mengembangkan penglibatan dalam perniagaan yang kini mampu memberi hasil pulangan lima angka setiap bulan.

Menurut anak keenam dari tujuh beradik itu, dia sering berkongsi ilmu mengenai pembuatan kek, bisnes dan pemasaran melalui aplikasi TikTok menjadi antara faktor melonjakkan perniagaannya.

Leave a Reply