”Saya Percaya 100% Barisan Nasional Akan Kembali Memerintah” -RS Thanenthiran

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

”Saya Percaya 100% Barisan Nasional Akan Kembali Memerintah”  -RS Thanenthiran

Sudah sekian lama parti Makkal Sakhti bersama Barisan Nasional , namun potensi sebenar untuk menjadi sebuah parti yang benar benar memberi impak dan komponen yang berkesan kepada Barisan Nasional hanya boleh ditunjukkan pada PRU nanti , jelas RS Thanenthiran.

Ketika ditemubual oleh wartawan My-News.Online, Presiden Parti Makkal Sakhti begitu yakin kelompok pengundi dari kalangan masyarakat India sudah kembali kepangkuan Barisan Nasional.

Datuk Seri RS Thanenthiran mengulas tentang trend dan polar pengundian yang dilihatnya ketika diadakan beberapa pilihan raya kecil selepas PRU14.

Selain itu , keyakinan berkenaan penerimaan pengundi masyarakat India dan bukan India juga didapati dari mereka mereka yang ditemui secara peribadi.

Apa yang dapat dirumuskan adalah mereka telah sedar akan kebaikan Barisan Nasional dan merasakan mereka telah di”kencing” kan oleh Pakatan Harapan pada pru14 yang lalu.

 

Datuk Seri RS Thanenthiran ditemubual secara ekslusif oleh wartawan My-news.Online didalam sesi wawancara khas “JAWAB JER” yang disiarkan dilaman facebook Menjelang PRU.

Kami akan menyampaikan  isi kandungan wawancara dan jawapan Datuk Seri RS Thanenthiran lebih lanjut lagi pada atikel seterusnya selepas ini.

Leave a Reply