Benarkah sebuah lagi parti politik akan ditubuh?

Hebahkan !!!

IDIHAYS. SB

KAMARAZAMAN sebelum ini membuat keputusan sertai Parti Amanah, kini dikatakan bakal tubuh parti sendiri dengan idea pembaharuan politik lebih berani 

KAMARAZAMAN Yaakob, salah seorang bekas presiden Kesatuan Pelajar Universiti Malaya (UMSU) dikatakan bakal melancarkan sebuah parti baharu, kata seorang sumber seperti dilaporkan The Malaysian Insight.

Beliau merupakan abang sulung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipercayai akan membuat pengenalan sulung parti baharu itu, pada bulan ini.

Pada minggu lalu, portal berita sama melaporkan seorang bekas aktivis pelajar kini giat berusaha untuk membentuk parti baharu sebelum memperkenalkannya kepada umum dalam masa terdekat.

Berdasarkan maklumat daripada sumber, keahlian parti itu terdiri daripada individu berhaluan kiri yang terlibat dalam pelbagai bidang kerjaya termasuk ahli ekonomi, orang politik bebas dan aktivis politik selain wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sejauh mana kebenaran lapioran disiarkan oleh The Malaysian Insight masih samar dan cubaan dilakukan oleh My-news.online untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak berkenaan masih tidak dijawab.

Leave a Reply