Junta Myanmar enggan penuhi 5 konsesus disepakati

Hebahkan !!!

IDIHAYS. SB

 

Ketua Junta, Min Aung Hlaing ketika bertemu bekas Perdana Menteri Myanmar Aung San Suu Kyi sebelum peristiwa kudeta berlaku pada Februari lalu.

 

KENGGANAN Kerajaan Junta Tentera Myanmar mematuhi lima konsesus yang dipersetujui oleh negara-negara anggota ASEAN disifatkan telah  menjauhkan lagi usaha damai direalisasikan di kawasan bergolak di negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada sidang Parlimen hari ini menjelaskan, tindakan negara anggota ASEAN itu tidak membawa hasil memberangsangkan kerana lima perkara digaris dalam konsesus itu menjadi asas penyelesaian  konstruktif di Wilayah yang bergolak.

Beliau berkata, walaupun perkara itu disepakati  negara anggota ASEAN lain namun, Myanmar kekal dengan prinsipnya bahawa urusan dalaman sesebuah negara tidak wajar dicampuri anggota ASEAN yang lain dan perkara itu telah termaktub di dalam Piagam Pertubuhan ASEAN.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) kini terus menekan campur tangan ASEAN dalam isu di Myanmar menyaksikan lebih banyak nyawa jadi korban sejak kudeta berlaku Februari lalu, hingga kini telah membunuh 900 nyawa rakyat biasa.

Lebih mendukacitakan, Ketua Junta, Min Aung Hlaing turut sama menghadiri pertemuan dengan anggota ASEAN mengenai krisis pada April lalu, menghasilkan 5 konsensus hentikan keganasan termasuk melantik utusan khas wilayah terbabit, kini menjauhkan diri daripada komitmen dicapai.

Lima Konsesus telah dicapai ASEAN ialah:
1. Menghentikan semua keganasan di Myanmar serta merta;
2. Mengadakan dialog konstruktif dengan semua pihak berkepentingan bagi mencapai keamanan dan kesejahteraan rakyat Myanmar;
3. Proses mediasi dikelolakan Duta Khas ASEAN ke Myanmar dibantu Setiausaha Agung ASEAN;
4. Hantar bantuan kemanusiaan melalui Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA); dan
5. Pertemuan Duta Khas ASEAN dan delegasi dengan pihak berkepentingan di Myanmar..

Leave a Reply