Jika Kes Zeti DiBuka Sebelum PRU15 , PH Akan Musnah Dan Konspirator Akan Terdedah?

Hebahkan !!!

 

 

Oleh ; Sirajuddin Ahmad

“Mendakwa Najib Pantas  sekali, Tapi kes suami Zeti apa dah jadi?”  Tanya Puad Zarkashi

Bila dana 1MDB berkait Datuk Seri Najib Razak, kerajaan sepantas kilat membuat dakwaan dan membuka kes.

Malah ada kalanya terlihat mendakwa dulu baru siasat kemudian seperti yang terjadi pada sesi perbicaraan apabila seorang hakim menempelak Tommy Thomas ketika dia menjawap belum lagi menyiasat wang diakaun negara Swiss sama ada ujud atau tidak.

Ketika Kes Datuk Seri Najib belum dibuka lagi pihak Polis sudah datang membawa lori Polis dengan pegawai Amar Singh mengangkut semua barang termasuk kasut cucu Najib dan tidak sempat menyempat  untuk tunggu tidak kira bulan Ramadhan baru sahaja bermula .

Walaupun orang awam dan media tidak boleh menyaksi dan akses masuk melihat rampasan harta , tetapi gambar lori angkut barang sengaja diviralkan juga demi “persepsi” – “kami sudah rampas barang penyamun”.

Jumlah rampasan dibesar besarkan untuk memberi gambaran “dasyatnya” jumlah disamun  oleh Najib.

Tapi, itu jika kes direka untuk babitkan Najib.

Namun, bila wang 1MDB/TIA membabitkan keluarga Tan Sri Zeti, lain pula ceritanya.

Siapapun tidak tahu sudah diperingkat mana siasatan dan sejauh mana sudah disiasat, tiada siapa dari pihak berkuasa yang muncul untuk memberi penjelasan

 “Kenapa mengambil masa yang lama? Najib Razak begitu pantas sekali untuk didakwa. Lagi pun kes yang melibatkan suami Zeti ini amat ‘straight forward’. – Puad Zarkashi

 Benar, kes sangat “straight forward” dan separuh maklumat sudah diberi oleh pihak CAD dan Polis Singapura kepada pihak Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Ia bukan sebuah kes yang “complicated”

Apakah yang melambatkan siasatan , kerana seawal bulan April lagi pihak Polis sudah menyiasat, jika siasatan masih belum lengkap , sekurang kurangnya  , beri penjelasan perkembangannya demi mengelak rakyat membuat spekulasi.

 

“Polis Singapura pula telah memaklumkan BNM mengenai transaksi yang mencurigakan itu pada 2015 dan 2016. Ketika itu Gabenor Bank Negara ialah Zeti.

“Amat mendukacitakan maklumat mengenai suami Zeti dan dua anaknya menerima dana daripada Jho Low hanya terdedah bila SD mereka bertiga bocor pada 2019,” kata Puad.

Beberapa pihak termasuk blog-blog dan portal turut bertanya dan mahu tahu sejauh mana siasatan kes babit kroni Tun Mahathir ini.

Jika ada pihak tertentu berhasrat mahu menghalang seperti kes “ Semburit’ mungkin hasrat  ini akan gagal kerana kes ini dipantau dan di ‘keep tab” oleh banyak pihak dalam dan luar negara termasuk media Singapura dan antarabangsa.

Malaysia tidak akan dihormati atau dipercayai lagi jika kes ini tidak dibawa kemahkamah dan dakwaan bahawa sistem pengadilan di Malaysia sudah tidak telus dan dikuasai individu tertentu adalah tersangat benar.

Sambil itu Bank Negara hilang kredibilitinya.

Jika ada cubaan menukar skrip kes ini pun berkemungkinan akan gagal kerana pihak Singapura ada skrip asal.

Kerajaan Pakatan Harapan Tun Mahathir sendiri yang membesar besarkan kes 1MDB dan kini kes babit keluarga Zeti tidak boleh di perkecilkan lagi.

 

Ini boleh dianggap sebagai satu kes yang “backfire”.

Sambil itu, akibat lambat umum perkembangan dan tiada berita rakyat sudah pun membuat pelbagai spekulasi berkenaan kes ini.

Antaranya , mereka syaki ada beberapa “VVIP” terbabit dan atas sebab itu cubaan “cover up” sedang dibuat.

Dan kononnya “VVIP” itu pula dari golongan yang terbabit mendakwa Najib.

Mereka berandaian jika orang kena tuduh diseret kemuka pengadilan maka untuk menyelamatkan diri terpaksa mendedahkan “VVIP” tertentu yang sangat tahu bahkan perguna hal ini untuk menyuruh OKT buat apa yang dia mahu untuk perkenakan DSNR.

Hal ini akan akibtkan seluruh kes yang dihadapi DSNR akan runtuh dan “Collapse” dengan pendedahan sebegini.

Maka atas sebab ini , usaha sedang dilakukan untuk “Cover up”.

 

(gambar petikan dari blog Another Brick In The Wall)

Namun itu hanya sekadar bualan dialam maya sahaja,sejauh mana kebenaran nya kita tidak tahu, pihak berkuasa yang menyiasat harus segera umum sejauh mana dan apa perkembangan kes babit suami bekas Gabenor BNM ini.

Najib didapati salah atas sebab wang masuk kedalam akaunnya walaupun dimasuk kan oleh pihak ketiga dan ketiadaan bukti solid atas arahannya.

Maka, kenapa pula wang 1MDB/TIA masuk ke akaun suami bekas Gabenor dari Jho Low tidak salah pula dan belum dibuka kes lagi atas sebab ‘masih dalam siasatan” walaupun siasatan sudah “long overdue” dan tertangguh.

Maka benarlah sindiran dan kritikan yang dibuat oleh Dr Puad Zarkashi dan bertepatan dengan keadaan.

Apa kah yang buat siasatan terhadap suami Zeti begitu lama  , dan apa yang hendak dilindung?, kerana kes yang komplek babit DSNR telah dibuat dengan begitu pantas sekali.

Adakah jika kes dibuka sebelum pru15, maka pihak Pakatan Harapan akan gelabah menjawap isu ini, dan sambil itu konspirator sebenar pekena DSNR akan terdedah, lalu kes kes terhadap DSNR boleh dirombak?

 

 

 

 

 

Leave a Reply