Pemain bola didakwa atas cubaan bunuh pengadil

Hebahkan !!!

PEMAIN bola sepak divisyen dua Brazil ditahan dan bakal didakwa dengan cubaan membunuh selepas menyerang seorang pengadil hingga pengsan ketika perlawanan, lapor sumber berita tempatan.

Pemain tengah, William Ribeiro menumbuk pengadil, Rodrigo Crivellaro hingga tumbang dan kemudian menyepak di bahagian leher pada perlawanan yang berlangsung, semalam.

Serangan itu terjadi selepas sejam perlawanan antara Sao Paulo-RS menentang Guarani dirakam oleh kamera sebuah syarikat penyiaran televisyen tempata.

Crivellaro segera diberikan bantuan perubatan di padang dan dibawa ke hospital.

Dia dibenarkan pulang pagi semalam ‘dalam keadaaan kesihatan yang bagus’, kata sumber di Hospital Sao Sebastiao Martir dekat Venancio Aires kepada AFP.

Vinicius Assuncao, pegawai polis yang mengendalikan kes berkenaan, berkata Ribeiro boleh didakwa melakukan cubaan membunuh.

Pengadil berkenaan “diserang ketika berdiri dan jatuh tanpa dapat mempertahankan diri,” kata Assuncao. “Ia boleh menyebabkan kematian atau kecederaan kepala yang serius.”

Imej di televisyen menunjukkan pemain daripada kedua-dua pasukan segera melambai tangan meminta pegawai perubatan masuk ke padang selepas pengadil itu diserang.

– AFP

Leave a Reply