2 peratus lagi untuk bolehkan sempadan negara dibuka: Khairy

Hebahkan !!!

© Provided by Sinar HarianSHAH ALAM – Sehingga kini, sebanyak 88 peratus populasi dewasa telah divaksin sepenuhnya menjadikan dua peratus sahaja lagi diperlukan bagi membolehkan sempadan negara dibuka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, apabila sempadan dibuka, rakyat Malaysia tidak lagi perlu memohon My Travel Pass untuk melancong ke luar negara.

“88 peratus populasi orang dewasa kita telah divaksinasi sepenuhnya. Cuma tinggal dua peratus lagi untuk sempadan negara dibuka.

“Rakyat Malaysia tidak perlu lagi memohon MTP untuk melancong ke luar negara. #Membuka Semula dengan Selamat,” ciapnya di Twitter pada Selasa.

88% of our adult population has been fully vaccinated. Thats another 2% until state borders are open & Malaysians will no longer need to apply for MTP to travel abroad. #ReopeningSafely pic.twitter.com/NBHtSNxJGA

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) October 5, 2021Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kajian ‘real world data’ yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan vaksin Covid-19 mampu mengurangkan risiko jangkitan.

“Walaupun vaksin Covid-19 dihasilkan untuk melindungi kita daripada gejala teruk dan kematian, kajian ‘real world data’ oleh KKM menunjukkan vaksin ini juga mengurangkan risiko jangkitan.” ujarnya.

Tambahnya, jika tidak mendapatkan vaksin, kemungkinan untuk dimasukkan ke hospital adalah lebih tinggi berbanding mereka yang mendapatkan suntikan vaksin.

“Apabila ini berlaku, barisan hadapan KKM, harus menjaga anda dan kapasiti penjagaan kesihatan semakin tegang. Anda tidak hidup dalam gelembung,” katanya.

Leave a Reply