Saksi Terkait Skandal Terowong LGE DiTemui Mati, Ulangan Teoh Beng Hock 2.0 Kah?

Hebahkan !!!

 

 

 

Oleh: Sirajuddin Ahmad

Pemaju hartanah ternama Ewe Swee Kheng yang merupakan saksi utama pendakwaan projek terowong melibatkan Lim Guan Eng meninggal dunia setelah jatuh dari Pangsapuri Palazzo di Pulau Tikus, Pulau Pinang.

Kita masih ingat lagi berkenaan kes kematian Mendiang Teoh Beng Hock dimana ketika disiasat oleh SPRM untuk menyoal berkenaan rasuah DAP Selangor telah dijumpai mati.

Maka dengan kematian itu, DAP dapat laba untuk manipulasi kes rasuah DAP Selangor kepada kematian lalu menengelamkan kes rasuah mereka.

Dan akibat kecuaian pegawai SPRM , mereka pula menjadi saksi kepada inquiri kematian dan bukan berkenaan kes rasuah DAP.

Itu kebijaksanaan DAP.

Pada kes pembunuhan Arwah Adib, setelah Polis dapat tangkap pembunuh, AG kerajaan Tun Mahathir berjaya suruh tukar kepada inquiri “sebab sebab kematian” terlebih dulu dan akibatnya, pembunuh telah berjaya lepaskan diri akibat “time gap” yang ujud.

Kini , saksi kesembilan kes Rasuah terowong babitkan Lim Guan Eng DAP ditemui mati pula.

 

Tanpa apa apa tuduhan atau fitnah , kami di My-News.online berasa sangat curiga.

Asalkan babit rasuah DAP pasti ada kematian.

Untuk pengetahuan semua, kes kes babit skandal BMF di- era Tun Mahathir juga terdapat pembunuhan dimana untuk menyiasat skandal yang agak besar di waktu itu, hanya seorang sahaja auditor dilantik dan dihantar ke Hong Kong.

Akibatnya Auditor Abdul Jalil didapati mati dibunuh.

Sedangkan pada hari ini syarikat syraikat auditor menghantar beberapa pegawai kemana mana pejabat untuk audit check dan amat jarang menghantar seorang sahaja.

Pada kes kali ini dimana saksi kes terowong dijumpai mati tentu sekali mengejutkan seolah olah ia ulangan kes Teoh Beng Hock.

Apa pun kita serah kepada kebijaksanaan Polis untuk menyiasat kerana mereka lebih tahu menguruskan hal ini secara professional.

 

Leave a Reply