Tambah 5 pusat agihan makanan dalam perancangan DBKL

Hebahkan !!!

SYAHIDI BAKAR

DBKL kini sedang mengenal pasti lokasi sesuai untuk Pusat Agihan Makanan. 

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini dalam perancangan menambah 5 lagi pusat agihan makanan kepada gelandangan dalam waktu terdekat.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pihaknya sedang mengenalpasti lokaliti di sekitar Kuala Lumpur untuk dijadikan kawasan tumpuan kumpulan sasaran tidak berdaftar untuk terlibat dalam aktiviti agihan makanan kepada gelandangan.

“Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan DBKL sentiasa mematuhi tempat dan jadual pengagihan makanan kepada gelandangan telah ditetapkan.

“Namun masih ada segelintir pihak atau individu tertentu berniat untuk beri makanan kepada gelandangan, tapi kaedah sedia ada tidak sistematik mengundang kesan negatif jika tidak ditangani,” katanya selepas sesi dialog bersama 24 NGO berdaftar terlibat agihan makanan di Menara DBKL.

Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Pengarah Eksekutif Sosio Ekonomi DBKL, Anwar Md Zain dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Che Shamsuzuki Che Noh.

Untuk rekod, ketika imi terdapat 3 pusat agihan makanan selian DBKL iaitu Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang, Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku dan Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit.

Jalaluddin berkata, langkah memperkenal lagi 5 pusat agihan bertujuan mengelak berlakunya lambakan makanan sehingga menjadi sisa buangan sampah yang boleh mengotorkan imej bandaraya Kuala Lumpur.

“Pusat itu nanti akan turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan pemantauan dan keselamatan.

“Selain it pelbagai kaedah boleh diguna untuk agihan makanan termasuk gunakan konsep trak makanan atau gerai akan membolehkan sesiapa sahaja yang ingin mengagihkan makanan dikumpulkan di suatu tempat, mengikut jadual khusus selain dipantau pihak penguatkuasa DBKL dari semasa ke semasa,” katanya.

Leave a Reply