Pendedahan ‘Pandora Papers’: Tengku Zafrul rujuk peguam untuk tindakan lanjut

Hebahkan !!!

DATUK Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sudah merujuk kepada peguamnya untuk mendapatkan nasihat bagi tindakan lanjut berkaitan laporan Malaysiakini bertajuk “Politicians, Ministers and M’sian Uber Rich Revealed in Latest Offshore Leak”.

Menteri Kewangan itu merujuk kepada laporan Malaysiakini yang mendedahkan menerima maklumat daripada Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ), nama Tengku Zafrul muncul sebagai Pengarah Capital Investment Bank (Labuan) Ltd, bank butik diperbadankan dalam bidang kuasa luar pesisir Labuan, dalam sejumlah dokumen daripada firma guaman terkemuka Panama – Alemán, Cordero, Galindo & Lee (Algocal).

Zafrul menjelaskan, jawatan yang disandangnya sebagai Pengarah Kumpulan dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kenanga Holdings Berhad dari Januari 2009 hingga Jun 2010.

“Melalui jawatan ini, saya juga telah dilantik sebagai pengarah di beberapa anak syarikat atau syarikat bersekutu Kumpulan Kenanga, termasuk di Capital Investment Bank (Labuan) Limited.

“Pada Jun 2010, saya telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Maybank Investment Bank Bhd dan melepaskan semua pelantikan saya sebagai eksekutif dan pengarah di dalam Kumpulan Kenanga,” katanya dalam kenyataan.

Zafrul berkata, pejabatnya sudah memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa beliau telah melepaskan jawatan pengarah ketika meninggalkan Kumpulan Kenanga pada Jun 2010.

“Malaysiakini menerbitkan artikel itu denga mengaitkan namanya dengan memberi gambaran beliau masih mempunyai kaitan dengan Capital Investment (Labuan) Limited, sedangkan beliau meninggalkan Kumpulan Kenanga pada Jun 2010,” katanya kenyataan itu lagi.

 

 

Leave a Reply