Ular sebagai teman, hobi pelik wanita ini digeruni kawan dan lawan

Hebahkan !!!

SETAKAT ini apakah binatang peliharaan menjadi pilihan anda?. Ada menjadikan ikan, kucing atau burung sebagai teman untuk mengisi masa terluang.

Tidak terkecuali, ada juga sesetengah golongan yang menternak haiwan sebagai hobi utama malah lebih menggerunkan lagi ada memilih ular sebagai teman seharian.

Itu antara perbezaan unik seorang remaja berasal dari Indonesia apabila mempunyai hobi pelik menternak ular sawa sebagai binatang peliharaan sejak berusia empat tahun.

Lebih mengejutkan, wanita yang dikenali sebagai Chalwa Ismah Kamal itu tidak langsung resah berkawan serta bergaul dengan ular sawa sebesar batang pokok kelapa.

Hobi pelik remaja wanita ini bukan saja ditakuti kawan dan lawan, malah kedua ibu bapanya juga bimbang dengan hobi pelik anak gadis mereka yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda geli atau gerun dengan ular sawa sepanjang lebih 5 meter.

Kisah hobi pelik Chalwa telah menarik perhatian ramai selepas dia memuat naik video rutin hariannya bermain, mandi dan berpelukan bersama ular peliharaannya yang tular di media sosial.

Chalwa dikatakan memelihara enam ekor ular sawa bersaiz besar di rumahnya di Purworejo, Jawa Tengah sejak usianya empat tahun lagi dan tidak timbul langsung rasa takut apabila dirinya dikelilingi haiwan itu.

Adakah anda sanggup atau berani untuk menjadikan ular sebagai peliharaan?. Bukan semua individu istimewa yang boleh membina hubungan mesra dengan ular sawa!

Leave a Reply