Nana Mahazan bersyukur rezeki selepas bertudung

Hebahkan !!!

 

PENYANYI dan juga personaliti media sosial, Nana Mahazann bersyukur apabila penghijrahannya ke arah memakai tudung tidak sama sekali mengehadkan tawaran kerjanya dalam industri seni hiburan.

Malah ujar Nana, dia mengakui sedikit terkejut apabila dihujani dengan pelbagai tawaran malah juga perniagaan yang diusahakannya selama ini turut mendapat maklum balas positif.

Tambah Nana lagi, perasaan takut itu ada awalnya berikutan bimbang tawaran kerja akan semakin berkurangan namun dia enggan terlalu memikirkan soal itu kerana percaya dengan rezeki Allah.

Alhamdulillah. Ini semua kuasa Tuhan. Saya terkejut apabila saya menerima pelbagai tawaran baru selain bisnes yang diusahakan berjalan dengan lancar. Pada awalnya memang ada terdetik rasa takut kalau tawaran dalam bidang seni akan berkurangan, tapi saya enggan terlalu memikirkan soal itu.

Dia dalam pada itu turut berpegang teguh dengan pendirian untuk tidak takut dalam perubahan kerana setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan mendapat ganjaran di kemudian hari.

“Cuma kena sentiasa jujur dan punya niat yang betul. Jangan berubah kerana orang lain, sebaliknya kita sendiri yang dipandang baik di sisiNya.” katanya lagi.

Leave a Reply