Komen kontroversi beralih satukan rakyat

Hebahkan !!!

 

KOMEN pelakon Mira Filzah telah menjadi perdebatan di laman sosial Twitter apabila dilabel ‘cultural appropriation queen’ oleh seorang individu.

Biarpun ada bersetuju dengan pandangan tersebut, namun majoritinya menganggap isu tersebut tidak harus dibangkit langsung memandangkan Malaysia negara majmuk.

Walaubagaimanapun, di sebalik isu negatif itu, situasi bertukar arah apabila kebanyakan netizen mula berkongsi gambar kebanyakan mereka menyarung baju bangsa lain.

Melayu memakai cheongsam dan sari, Cina dan India pula memakai baju Melayu. Begitu juga dengan bangsa lain.

Malah, semangat ini turut dikongsi selebriti tempatan termasuklah pembaca berita popular Raymon Goh serta penyanyi Nourul Depp.

Lihat gambar comel dan pendapat dikongsi personaliti berbagai bangsa yang zahirkan berbangga dengan kemakmuran budaya Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum.

Terdahulu dakwaan Mira Firza berhubung isu eksploitasi pakaian  masyarakat India untuk jana untung telah mendapat kritikan netizen pengguna media sosial.

Menyedari dirinya menjadi sasaran umum, Mira Firza akhirnya tampil memohon maaf.

As far as I can remember, culture has been shared generously and enjoyed together by different ethnicities in this country. It’s part of what makes us Malaysians. pic.twitter.com/iVkYoFMSSP—Raymond Goh (@RaymondNewsMPB)

Diharap dengan usaha orang ramai memuat naik gambar mereka menyarung baju daripada berbilang bangsa ini akan dapat menjernihkan keadaan.

Semalam je my cg seni ceritakan psal Adam dan Hawa, fitnah manusia, syukur, jin, setan kat class, it’s really fun being able to learn new knowledge of other religion, tak kenal maka tak cinta.

(Thread) #SayangMalaysia  http://t.co/Hs09ujlaWa pic.twitter.com/VjXJQPs4fx (@yennierubyyen

Leave a Reply