DAP Main Serampang Dua Mata – Dong Zong Lambung / Pembela Yang Melompat Serang PM Ismail Sabri

Hebahkan !!!

Orang melayu menjadi marah bila timbul isu peruntukan kepada 63 buah sekolah persendirian cina oleh MOF. Kecaman yg dihalakan kepada PM DS Ismail Sabri langsung tidak berasas.

Ada beberapa perkara yang harus kita tahu. Terutamanya isu peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina.Disebalik isu ini ada watak seperti DAP,DONG ZONG dan MCA. Ada satu lagi watak budak bebal dalam cerita ini iaitu Aminuddin Yahaya Pengerusi PEMBELA.

Peruntukan RM15 juta kepada 63 buah sekolah persendirian cina ini telah diluluskan pada febuari 2021 dimana PN merupakan kerajaan ketika itu dan bukannya diluluskan oleh kerajaan BN-PN pada hari ini.

Permohonan ini diangkat oleh Timbalan Menteri Pendidikan(MCA) terus kepada MOF. Ianya tidak dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pun.

Peruntukan kepada sekolah persendirian cina ini merupakan amalan biasa yang telah dilakukan oleh semua kerajaan-kerajaan sebelum ini samaada PH,PN mahupun BN sebelum kalah PRU14.

Isu ini disensasikan oleh Dong Zong untuk membangkitkan kemarahan orang melayu dan islam. Mereka yg tidak mengetahui fakta sebenar pasti akan marah dan termakan provokasi Dong Zong yg mahukan melayu membenci kerajaan Melayu Islam yang ada hari ini. Itulah cara mereka.

Kita melayu yg malas membaca ni main hantam kromo seperti Aminuddin Yahaya Pengerusi PEMBELA yang menjelaskan kebodohan dan ketaksuban melampau beliau.

Kenapa Aminuddin menyerang PM Ismail Sabri dalam isu ini dan mengaitkan isu mendesak kerajaan PH sebelum ini mengharamkan Dong Zong. Ismail Sabri sebagai Ketua Pembangkang pasti akan bersuara apabila Dong Zong ketika itu cuba membangkitkan soal perkauman yg boleh menimbulkan ketegangan antara kaum.

Dan apa kena mengena dengan isu peruntukan hari ini yg menjadi amalan semua kerajaan terdahulu.

Jika nak dibandingkan dengan peruntukan sebanyak RM100 juta dalam Belanjawan 2021 kepada sekolah tahfiz,sekolah pondok berdaftar dan sekolah agama rakyat(SAR) ia merupakan perbezaan ketara yang pasti boleh dijadikan isu untuk membangkitkan kemarahan kaum lain .

Dan apakah rasionalnya kerajaan hari ini perlu memusuhi ibubapa pelajar sekolah persendirian cina ini dengan isu perkauman Dong Zong sebelum ini.

Soal kenyataan perkauman Dong Zong(sebelum ini) tidak harus dikaitkan dengan bantuan kerajaan kepada sekolah persendirian cina yang telah diluluskan kementerian kewangan sebelum Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.

Ini semua mainan DAP berbentuk serampang dua mata. Pertamanya DAP sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang melayu. Keduanya DAP & LGE cuba mengambil mileage terhadap kaum cina kononnya merekalah yang berjuang sehingga kerajaan menyalurkan peruntukan kepada sekolah persendirian cina ini.

Manusia pertama yang termakan dengan mainan jahat DAP ini ialah Pengerusi PEMBELA Aminuddin Yahaya. Patut la mamat ni hanya jadi pengerusi NGO dan bukannya wakil rakyat atau ahli parlimen. Jika mamat ni jadi wakil rakyat tak tahu lah apa nasib bangsa lain.

Menyerang PM dengan kata2 kesat dalam isu peruntukan RM15 juta ini merupakan penterjemahan sikap bebal,kurang ajar dan kebodohan manusia bernama Aminuddin Yahaya.

Sebagai seorang Ketua Kepimpinan Negara yang meletakkan konsep #KeluargaMalaysia sudah pasti semua kaum akan mendapat hak masing-masing mengikut jaminan dalam perlembagaan dan budibicara kerajaan.

Jangan kita rakyat terperangkap dengan polemik yang sengaja didendangkan untuk memecahkan kesatuan bangsa melayu islam dan jangan sesekali kita sebagai seorang yg berbangsa melayu menjadi Si Kitol yang menjahanamkan maruah bangsa sendiri hanya kerana kebodohan dan kedangkalan kita untuk mencari publisiti murahan sebagai seorang pengerusi NGO.

Mohon sampaikan penulisan ini kepada Aminuddin Yahaya agar beliau boleh belajar sesuatu dari kedangkalan yang gagal membezakan isu kiasu Dong Zong dengan peruntukan kepada sekolah-sekolah persendirian cina di Malaysia ini.

PEMBELA yang salah membela sehingga memalukan bangsa melayu yang sentiasa dihormati oleh rakan bangsa lain.

Leave a Reply