Kontroversi ‘rakam punggung’ atlet panjat memalukan

Hebahkan !!!

FAKTOR cantik, seksi menjadikan Johanna mangsa eksploitasi

CANTIK dan seksi menjadi pakej lengkap untuk atlet panjat tebing Austria, Johanna Faber telah menjadikan dirinya mangsa terbaharu sasaran rakaman kamera menfokuskan bahagian tubuh yang tidak sewajarnya ketika bertanding.

Kejadian berlaku September lalu apabila Johanna mewakili negara bertanding dalam IFSC Climbing World Championships di Moscow pada 15 hingga 21 September lalu.

Kejadian rakaman ‘close up’ bahagian punggung mengiurkan itu berlaku ketika Johanna sedang beraksi dalam separuh akhir kejohanan itu, dilakukan seorang jurukamera syarikat televisyen penyiar rasmi acara itu.

Kontroversi ini memaksa International Federation of Sport Climbing (IFSC), penaung kejohanan sukan antarabangsa itu segera tampil memohon maaf kepada atlet terbabit dan Austria atas kejadian yang disifatkan ‘memalukan’

“IFSC mengutuk tindakan secara objektif kepada bahagian tubuh atlet terbabit dan pasti mengambil tindakan menghentikan kejadian seumpamanya di masa hadapan.

“Soal maruah, integriti atlet bertanding harus diletak keutamaan kejohanan sukan antarabangsa berbanding kegilaan seksual setengah individu,” tegas IFSC di dalam kenyataan rasmi dikeluarkan.

Kenyataan rasmi IFSC diterbitkan susulan kritikan antarabangsa terhadap kejadian pencabulan dilakukan oleh penyiar rasmi kejohanan dalam siaran langsung disiar hampir ke seluruh dunia.

Selain permohonan maaf secara peribadi kepada Johanna, IFSC turut menyatakan kekesalan kepada Austria atas kejadian memalukan berlaku membabitkan atletnya.

JOHANNA antara atlet yang sering menjadi perhatian dalam sukan panjat tebing. 

Kejadian tidak bermoral menimpa Johanna itu bukan pertama kali sebaliknya beliau turut dimangsakan pada IFSC World Cup 2021 di Innsbruck, Austria, Jun lalu.

Peristiwa itu mendorongnya meluah rasa kekesalan di akaun Instagram apabila meminta supaya tiada lagi eksploitasi gender seperti dialaminya berlaku.

“Saya adalah seorang atlet bertanding pada kejohanan ini untuk memperlihatkan kemampuan terbaik. Sejujurnya, saya rasa malu mengetahui ada ribuan mata melihat tayangan posisi tidak sepatutnya itu,” keluh Johanna.

Namun, agak malang bagi atlet secantik Johanna apabila terus jadi buruan rakus sang individu sehingga gagal membezakan kecenderungan nafsu berbanding kejohanan atas semangat kesukanan.

 

Leave a Reply