22 Bulan Gadai Aset Berbillion Termasuk Tabung Haji , Kini Mahu Pertahankan Perabot.

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

“Penny wise pound foolish”

Kini meletop kisah sebuah parti benama BERSATU (PPBM) apabila mereka cuba menutup pembaziran menggunakan wang rakyat RM38.5 juta untuk perbaiki Seri Perdana diwaktu Covid 19 melanda dan dikala kononnya negara tiada wang.

Atas sebab malu terkantoi  parti BERSATU dan pemimpin mereka pembazir dan tiada kewarasan dan kepekaan membuat sesuatu yang boleh ditunda dilain waktu, maka mereka semua berpakat untuk mengalihkan perhatian kepada kisah perabot pula.

Maka semua ahli mereka dikerah untuk “divert” penggunaan wang rakyat RM38.5 diwaktu tidak sesuai , kepada isu perabot kononnya telah diambil oleh kelurga Datuk Seri Najib Razak.

Maka, mangsa mangsa kepada “ploy” ini pun percayalah kepada taktik alih tumpuan ini.

Walaupun tidak benar dakwaan ini dan sudah dijelaskan oleh DSNR dan Tan Sri Mahiaddin sendiri menyebut perabot milik DSNR , namun perang saikoliji tetap mereka teruskan demi membuat serangan balas akibat imej yang tercedera.

Amat tidak masuk akal untuk menutup kos puluhan juta yang telah terbelanja untuk ubah suai,  dengan kos perabot yang tidak seberapa jika benar pun perabot diambil oleh DSNR.

Tapi dalam politik, ini tidak penting, kerana “persepsi” lebih penting.

Lebih jelek lagi, pihak yang kononnya sayang perabot adalah pihak yang menjadi kerajaan selama 22 bulan bersama DAP dimana berbillion aset dan tanah milik orang Melayu telah tergadai kepada bukan Melayu.

Tanah dan ladang milik Tabung Haji telah di gadai oleh mereka dengan harga lelong dalam jumlah beribu ribu hektar atas alasan untuk tampung kerugian dan kecurian.

Kemudian, aset dan bangunan Tabung Haji sejumlah RM19 billion diseret bawa ke unit Special Purpose Vehicle (SPV) di kendali oleh Lim Guan Eng dan kemudian di”cover” dengan melantik seorang Melayu untuk menutup dakwaan ia dikuasai bukan Melayu.

Akhirnya terbukti tiada kecurian dan kerugian seperti difitnah dan dilaporkan oleh kerajaan 22 bulan.

BACA sini :Laporan Tabung Haji-  Setelah Tanah Dan Aset Umat Islam Tergadai Tiada Kecurian Katanya. — My NEWS ONLINE (my-news.online)

Sebaliknya BERSATU cuba mengelak diujudkan RCI berkenaan Tabung Haji.

Selain itu aset aset GLC yang dikumpul oleh kerajaan Barisan Nasional turut tergadai dibawah kerajaan 22 bulan yang ada parti BERSATU.

Jika nilai aset dan tanah bernilai berbillion BERSATU dalam kerajaan tidak dapat pertahankan, apa lah sangat cerita perabot yang hendak didecoy untuk menutup mereka pergunakan wang rakyat untuk benda tidak ‘urgent” dan tidak tepat masanya untuk dibina.

Perabot Hotel Tabung Haji di lelong oleh PH begitu mudah dan murah, kini BERSATU sibuk hal perabot Seri Perdana.

Sedangkan jumlah wang adalah untuk kos pembinaan bukan kos perabot, itu isunya.

Malah , SPRM harus buat siasatan sama ada ujud rasuah dari pihak penerima kerja yang akan diberi dalam bentuk “Offset”.

Maka, jelaslah parti BERSATU adalah parti sisa kumbahan milik Tun Mahathir yang masih perguna cara lama untuk menutup kesalahan.

Isunya adalah mereka telah perguna wang rakyat untuk buat benda tidak penting dengan kos tinggi, tapi cuba dialihkan kepada kisah perabot untuk memperpodohkan rakyat yang sememangnya ada golongan yang senang dibodohkan.

Mahukah rakyat percaya bahawa  pengadai aset rakyat berbilion bilion tiba tiba sayang perabot dan ketika menghalau DSNR keluar dari Seri Pedana tidak melaporkan perabot sudah hilang kepada Polis?

Leave a Reply