Gadis 19 tahun kelahiran Pulau Pinang galas cabaran Malaysia ke Finalis

Hebahkan !!!

SYAHIDI BAKAR

“Sudah menjadi impian saya untuk menjadi Miss Universe suatu hari nanti dan bakal hiasi majalah Vogue dan papan iklan.”

Itu antara petikan kata menjadi sumber inspirasi bagi Dheper Reshaa Teh untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa dalam pertandingan Finalis Miss Teen Universe 2021.

Peluang tersebut juga kata gadis berusia 19 tahun ini, akan jadi landasan terbaik untuknya perkenal keindahan dan keunikan Malaysia kepada dunia.

“Selain peluang menonjolkan keindahan Malaysia, ia mampu mempromosikan budaya kita yang pelbagai pada pertandingan ini yang disertai pesaing daripada seluruh pelusuk dunia,” katanya.

Dhroer melalui sumber di Instagramnya, memklumkam beliau bertolak ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 25 Oktober ini di mana dia akan bersaing dengan peserta dari seluruh dunia dalam pertandingan antarabangsa yang dijangka berlangsung pada 6 November.

Menurut laporan BERNAMA, ratu Miss Teen Universe ini buat pertama kalinya pernah memulakan minatnya untuk bertanding pada pertandingan ratu cantik ketika berusia 4 tahun lagi.

Sejak itu, Dheper telah mula berlatih mengajar dirinya untuk melakukan catwalk kerana dari sehari ke sehari impiannya untuk berada dalam industri peragawan itu semakin kuat.

Selepas itu, dia mendaftarkan diri di akademi pemodelan di Pulau Pinang dan berjaya memperoleh diploma.

Dheper yang kini mengikuti pengajian peringkat Diploma Perniagaan, dinobatkan sebagai juara pertamanya di Miss Teen International 2018/2019, ketika berusia 16 tahun.

Setelah kejayaan pertama, dia bertanding dalam dua lagi pertandingan peringkat antarabangsa, iaitu Miss Teen Universe di New Delhi, India dan Miss Tourism Global City di Guandong, China.

Usahanya terbukti mebuahkan hasil ketika berjaya ke final Miss Teen Universe 2019 dan tersenarai dalam 20 peserta teratas untuk acara akhir.

“Pertandingan antarabangsa amat berbeza dengan peringkat nasional kerana tidak mengira dan tidak tahu isu perkauman, politik, dan banyak kejutan budaya yang berlaku,” katanya menggambarkan bahawa anak kelahiran Penang ini masih naif dalam udia muda dan masih baru dalam industri.

Walaupun begitu Dheper bernasib baik kerana pengembaraannya ke serata negara, dia dijaga dengan baik oleh rakan-rakan seperjuangan selama ini.

“Saya sangat berharap dengan pengalaman yang ada akan membantu saya untuk beri persembahan terbaik dalam Finalis Miss Teen Universe 2021 nanzi,” ujarnya.

Leave a Reply