Tiga daripada 12 adegan seks paling kontroversi pernah dibikin filem

Hebahkan !!!

ANDAQERNI.SB

ADEGAN erotik tidak dianggap luar biasa untuk pelakon Hollywood. Walaupun nama besar dalam industri, para pelakon Barat tidak kekok berbogel hingga ada meraih anugerah Oscar, hasil babak intim yang dilakonkan bertaraf World Class.

Bukan sesuatu mengejutkan, apabila ada bintang baharu yang terus saja menyinar setelah babak panas dilakonkan mendapat perhatian seluruh dunia.

Antara contoh pelakon meraih populariti hasil babak ‘rimba’ dilakonkan ialah Leonardo Dicaprio bersama Kate Winslet melalui filem sekuel Titanic.

 

 

Berdasarkan senarai Top 12 adegan seks paling kontroversi di pawagam juga telah menyenaraikan Basic Instinct antara filem lakonan kontroversi Sharon Stone sebagai antara babak filem legenda yang kekal diingati.

Adegan membabitkan scene soal siasat Sharon Stone mungkin memaksa ibu bapa skip babak mengaibkan itu daripada ditonton anak-anak.

Sharon Stone sendiri mengakui tidak menyangka babak mendedahkan bahagian sulit itu sehingga kini kekal sebagai antara scene hot jadi sebutan ramai penerbit industri perfileman Hollywood.

Lebih mengharukan, ulasan Stone mengenai trill tersebut yang dianggapnya sebagai perkara yang tidak diendahkan.

“Saya tidak tahu pula babak dipamer mendapat perhatian ramai, namun saya setuju ia dipaparkan sebahagian daripada filem itu.

 

 

Turut tersenarai filem Boogie Nights lakonan oleh Heather Graham sebuah filem berkisar industri filem Hollywood itu sendiri.

Adegan bogel Heather Graham itu telah berjaya melonjakkan namanya dalam industri setelah watak sebagai pelakon lucah yang dipegangnya dalam filem itu telah merintis laluan untuknya terlibat dalam banyak lagi filem erotik yang telah diiktiraf sebagai industri profesional di Barat.

Sementara itu, filem Blue Valvet lakonan heroin Isabella Rossellini pula terkenal sebagai sebuah filem paling besar atau meletup pada era 80-an.

Bintang filem terkenal Itali itu dengan berani pula berbogel sepenuhnya atas permintaan pengarah David Lynch,malah mendapat jolokan karya klasik era bukan sahaja telah membuka pintu bagi Isabella Rossellini bertapak di Hollywood malah meletakkan David Lynch sendiri dalam senarai antara pengarah filem lucah jadi pilihan pelakon terkenal industri filem ‘orang susah’ itu.

 

 

Ada beberapa pihak khususnya barisan pejuang hak asasi manusia dan ahli akademik mengkritik penggunaan elemen seks terlampau dalam filem sebagai karya seni, namun ternyata penentangan mereka tidak ke mana.

Ini kerana industri itu sendiri mendapat sambutan ramai di seluruh dunia dan dikatakan berupaya menjana hasil ratusan juta untuk penerbit filem seumpamanya.

Telahan menjana untung besar ini ternyata sinis untuk diperkata kerana dengan hanya bermodal kecil dan bermoral rendah, pemain industri porno mampu meraih pendapatan lumayan hasil karya ‘tanpa pakaian’ yang tidak perlukan idea. MUDAH!

Itu adalah realiti pelik tetapi benar yang dihadapi industri perfileman global malah dalam adaptasi kehidupan seharian juga, perkara hampir sama dilalui sesetengah manusia yang memilih kerjaya mudah tetapi pendapatan lumayan sebagai jalan meneruskan kehidupan.

Leave a Reply