7 wilayah bakal depani gangguan air

Hebahkan !!!

ANDAQERNI.SB

SEBANYAK 998 kawasan di tujuh wilayah di Lembah Klang dijangka engalami gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 13 Oktober ini.

Gangguan itu ekoran pelaksanaan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan kawasan itu melibatkan wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

“Gangguan bekalan air berjadual itu bermula pukul 9 pagi 13 Oktober dan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 9 malam 16 Oktober depan.

“Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan boleh didapati di laman pautan hentitugas.airselangor.com,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, pelaksanaan kerja berkenaan sudah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna.

“Pelaksanaannya sebelum ini tertangguh daripada jadual asal iaitu pada 2019 dan tahun lalu.

“Ia berikutan insiden pencemaran air yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar,” katanya.

Sehubungan itu, Air Selangor nasihatkan pengguna yang terjejas supaya menyimpan bekalan air dan menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan kelak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai gangguan bekalan air itu menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan diajukan kepada Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-BebasNews

Leave a Reply