Kena ada kontroversi, skandal, nama naik’ – Altimet

Hebahkan !!!
Altimet dan ibunya, Jamalah Agil Alsagoff.

Penyanyi berkaliber, Altimet berkongsi antara nasihat yang pernah diterima di sepanjang karier muziknya.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, berkongsi perkara itu di laman Twitter miliknya sebagai respons ciapan komposer terkenal Fedtri Yahya.

“Kau kena ada kontroversi, ada skandal. Baru nama naik dalam industri. Takkan nak harapkan orang suka lagu saja.

“Kita rancang cerita kau pergi kelab malam, sediakan jurugambar dekat luar ambil gambar kau, ok? Ya tidak,” kongsi penyanyi lagu Amboi itu.

Sebelum itu Fedtri memuat naik status ciapan “Apakah ‘nasihat tak boleh pakai’ yang pernah anda terima?”.

Menjengah di ruangan komen, majoriti pelayar Twitter senada dengan jawapan Altimet dan berkata, itulah realitinya industri hiburan.

“Sebab itu tidak habis-habis ada saja artis yang buat kontrovesi. Hanya sekadar untuk kekal relevan,” ciapan salah seorang pengguna Twitter.

Tambah salah seorang pengguna lain, bahawa ledakan populariti bertunjangkan konsep wujud kontroversi adalah tidak masuk akal.

“Buat kerja kena bersih, suci. Baru berkat. Takkan nak tunggu tular sebab benda tidak elok baru rezeki nak masuk,” tulis pengikut Altimet di Twitter.

Leave a Reply