JPA wajibkan semua penjawat awam divaksin sebelum 1 November ini

Hebahkan !!!

SYAHIDI BAKAR

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) membuat ketetapan mewajibkan semua penjawat awam melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sebelum 1 November depan.

Keputusan diambil tegas JPA, bertujuan memberi keyakinan dan jaminan kepada orang awam serta memastikan kelancaran terhadap penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat tercapai.

“Berdasarkan statistik, setakat ini terdapat 16,902 orang penjawat awam di seluruh Malaysia masih belum mendaftar untuk divaksin,” jelas JPA menerusi
kenyataan media, hari ini.

KETUA Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman tinjau proses pemberian vaksin Covid-19 

Menurut kenyataan sana, keputusan dibuat selari usaha JPA untuk mengembalikan perkhidmatan disediakan kerajaan pada tahap pengoperasian penuh berdasarkan kepada fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sehubungan itu tegasnya, semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan hendaklah segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 November ini.

Dalam tempoh itu, pegawai belum divaksin perlulah hadir secara walk-in ke pusat pemberian vaksin (PPV) disedia kerajaan.

“Bagi pegawai tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan, mereka perlu kemukakan kepada Ketua Jabatan laporan kesihatan disahkan pegawai perubatan kerajaan.

“Sekiranya pegawai awam belum mengambil vaksin selepas tempoh ditetapkan tanpa m pengecualian daripada pegawai perubatan kerajaan, maka pegawai terbabit boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan sedang berkuat kuasa.

“Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993],” katanya.

Setakat ini, jumlah peratusan pegawai awam Persekutuan telah divaksin mencapai hampir 98 peratus, manakala kelompok mereka yang masih belum mendaftar untuk divaksin agak kecil iaitu hanya 1.6 peratus (16,902 orang) sahaja.

Leave a Reply