Resipi Nasi Bujang Mudah & Sedap .

Hebahkan !!!

nasi bujang

Sebut saja nasi bujang, pasti ramai yang teringat zaman belajar dulu kan. Bila poket kering, hari-hari duk makan nasi bujang ni. Menu yang simple, tapi sedap dan tak muak.

Kalau ada yang rindu nak makan, jom masak dengan menggunakan resipi nasi bujang hasil perkongsian oleh Muhammad Nur Hakimi ini. Memang menggamit memori!

Resipi Nasi Bujang Mudah & Sedap

Bahan-bahan:

  • Telur 1 biji
  • Sos ikan cap sotong
  • Air limau
  • Serbuk lada putih
  • Garam
  • Secukup rasa maggi
  • Bawang holland/merah

Cara-cara memasak telur dadar:

  1. Pecahkan telur ke dalam bekas.
  2. Masukkan 3-4 titis sos ikan, sedikit air limau, secubit serbuk lada putih, secubit garam,secubit secukup rasa dan sedikit bawang.
  3. Kacau telur sehingga sekata.
  4. Panaskan kuali, masukkan minyak masak. Masak telur dalam masa beberapa minit.
  5. Siap!

Bahan sup kosong:

  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang holland
  • Daun saderi
  • Sos ikan cap sotong
  • Air limau
  • Bawang goreng
  • Secukup rasa maggi
  • Serbuk lada putih

Cara-cara memasak sup kosong:

  1. Masukkan sedikit minyak masak, kemudian tumiskan bawang putih dan bawang holland. Masak sehingga bawang putih dan bawang holland agak garing sedikit.
  2. Apabila bawang tadi telah garing, masukkan air dan jugak daun saderi yang dipotong kecil.
  3. Masukkan 5-7 titis sos ikan, satu sudu besar air limau dan secubit lada putih.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan sedikit perisa secukup rasa maggi.
  5. Taburkan bawang goreng ke dalam sup. Sup telah siap untuk dimakan.

Nak lagi umphh, wajib ada sambal sekali. Lihat resipi sambal di pautan ini.

Selamat mencuba!

nasi bujang

Kredit: Muhammad Nur Hakimi

Leave a Reply