R. Kelly terlibat jenayah seksual, eksploitasi wanita dan kanak-kanak

Hebahkan !!!

PENYANYI kelahiran Chicago, R. Kelly didapati secara sengaja menyalahgunakan status bintangnya untuk menjayakan rancangan mengoksploitasi wanita dan kanak-kanak secara seksual selama dua dekad.

Suspek berdepan 11 saksi terdiri daripada sembilan wanita dan dua lelaki dalam perbicaraan kes selama enam minggu bersabit pertuduhan jenayah seksual dan keganasan melampau dilakukannya.

Selepas dua hari bersidang, Juri mendapati bintang AS terkenal dengan lagu hitnya I Believe I Can Fly dan Ignition itu bersalah atas ke semua sembilan pertuduhan dihadapinya.

Kelly atau nama sebenarnya, Robert Sylvester Kelly,54, dijatuhkan hukuman bermula 4 Mei, tarikh dirinya ditangkap dan akan menghabiskan hidupnya di penjara setelah didapati mengetuai kumpulan ganas bertindak memikat dan memaksa wanita serta kanak-kanak melakukan penderaan seksual.

Selain itu, Kelly turut berdepan lapan tuduhan pemerdagangan seks, di mana dia telah didapati bersalah dengan secara sengaja dituduh melakukan pemerasan yang biasa digunakan oleh geng jenayah terancang.

Semasa perbicaraan, pihak pendakwa telah memperincikan bagaimana Kelly melalui pengurusnya, pengawal peribadi dan anggota geng yang lain bekerja untuk membantunya dalam kegiatan jenayah terancang.

Mahkamah turut diberitahu bagaimana Kelly (dilahir pada Januari 1967) telah secara tidak sah memperoleh dokumen untuk menikahi Aaliyah pada 1994 ketika berusia 15 tahun, iaitu tujuh tahun sebelum penyanyi itu meninggal dunia dalam nahas kapal terbang.

 

ISTERI Kelly, Aaliyah turut menjadi mangsa penderaan seksual sebelum meninggal dunia 

Salah seorang saksi wanita memberi keterangan menyatakan Kelly telah memenjarakan dirinya, dibius dan diperkosa melalui akuan secara bertulis selepas memutuskan ‘bersembunyi dari Kelly’ kerana ancaman diterima selepas membuat pengakuan sabitan tuduhan terhadap Kelly di hadapan umum.

“Saya bersiap untuk menjalani hidup bebas dari rasa takut dan akan memulakan fasa penyembuhan,” tambah wanita itu, yang dikenali di mahkamah sebagai Sonja.

Seorang lagi wanita, Lizette Martinez turut memberi keterangan berkata, dia lega dengan keputusan itu.

“Saya sangat bangga dengan wanita yang dapat menyampaikan kebenaran mereka,” tambahnya.

Pada sidang media di luar mahkamah pada Isnin, pendakwa Jacquelyn Kasulis mengatakan bahawa juri telah menghantar mesej jelas kepada lelaki lain yang ‘berkuasa’ seperti Kelly.

“Tidak kira berapa lama, undang-undang akan sentiasa memburu anda,” katanya.

Keputusan mensabitkan Kelly bersalah dalam perbicaraan kali ini dibuat selepas 13 tahun dia dibebaskan
dari tuduhan pornografi kanak-kanak yang dibicarakan di negeri Illinois.

Leave a Reply