Fadwah Anuwar Tawar Diri Tanding Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Pada 9 haribulan Mei dihari  UMNO kalah pada pru114 yang lalu , hati dan jiwa Fadwah meronta dan merasakan sudah tiba Mengenali UMNO semenjak dari kecil lagi, membuat Fadwah Anuwar begitu sebati dengan UMNO.

Apa tidaknya dari dulu lagi dengar sahaja lagu UMNO terasa lagu itu senaluri dengan dirinya.

“Saya nak masuk Puteri dan saya hendak buat perubahan” kata Fadwah atau ramai memanggil nama yayangnya “Wawa’.

Siapa Fadwah ni? yang hendak bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO?

Carian My-News.Online dapati gadis ini pengemar tempeh rupanya.

Wawa agak ”open” dan mengaku sememang dia hendak bertanding jawatan sebagai Ketua Puteri UMNO pada pemilihan parti kali ini.

Untuk menonton video penuh sila klik – WAWA MAHU TANDING KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA

“Saya hendak membuat satu perubahan kepada Puteri UMNO dan tidak mahu orang perlekehkan Puteri UMNO” jelas Fadwa.

Menyedari saat mahu menyahut seruan perjuangan dengan menjadi ketua Puteri dikala UMNO bukan pemerintah total tentulah tidak sama  dengan memangku jawatan ketika UMNO berkuasa pada pru  sebelum ini, namun Fadwa sanggup mengalas tugas ini.

Antara yang dapat disampaikan  oleh Fadwah kepada pihak My-News adalah keinginan nya membuat “research terhadap anak muda dan kenapa mereka suka kepada parti lain seperti PKR misalnya.

Dengan kajian seperti ini, Puteri UMNO boleh mengetahui naluri anak muda dan memikat hati mereka kepada Puteri UMNO dan UMNO amnya.

“Cabaran kita bukan kecik anak” Kata Fadwah ketika menjelaskan cara untuk menarik minat anak muda kepada UMNO.

Ia cabaran yang sangat besar dikala anak muda mempersoalkan kesamarataan (Iiberal).

Anak muda yang tidak faham asal usul parti dan diatas asas apa UMNO dibina.

Mungkin ciri ciri mahu Puteri UMNO berdiri setara dengan Pemuda UMNO  dan tidak mahu Puteri UMNO di pandang enteng menjadikan Fadwah Anuwar sangat cocok dan “Ketua Puteri Material’ untuk dijadikan pilihan kepada jawatan yang hendak ditandinginya

Leave a Reply