Keputusan larangan jual arak, akan diumum DBKL

Hebahkan !!!

 

PASUKAN polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur membuat pemeriksaan pematuhan di premis dan pub di sekitar ibu kota. – GAMBAR HIASAN

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memuktamad penguatkuasaan larangan penjualan arak  dalam mesyuarat akan bersidang, sebelum mengumumnya, hari ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan.

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, mesyuarat bakal bersidang bersama Lembaga Eksais DBKL pada  Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif dan Projek Khas yang bertanggungjawab dalam perkara tersebut.

“Diaorang (jawatankuasa Lembaga Eksais) yang bermesyuarat hari ini akan putuskan nanti.

“Ada perkara memerlukan kehadiran menteri dan ada perkara boleh diputuskan di peringkat pegawai sahaja. Biasanya ada campurtangan menteri apabila ia tidak dapat diputuskan (hasil perbincangan).

“Bagaimanapun (keputusan mesyuarat) akan diumumkan sebelum tempoh masanya tiba, sebelum esok akan diberitahu nanti keputusan,” katanya selepas Program Turun Padang Usahawan Kreatif di Kompleks Muhibah di sini hari ini.

Beberapa sesi perbincangan, mesyuarat dan bengkel telah diadakan dalam penyediaan garis panduan mengenai peraturan penjualan arak, melibatkan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.

Antara agensi terlibat Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP); Kementerian Kesihatan (KKM); Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) dan Polis DiRaja Malaysia selain Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS); Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan pihak berkepentingan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 

 

Garis panduan mengenai penjualan liquor telah dimuktamad pada 7 November 2020 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif dan Projek Khas dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan.

Terdahulu, pada 19 November 2020, Pengerusi Lembaga Eksasis DBKL, Datuk Lau Beng Wai berkata, garis panduan diperkenal tidak menyekat hak penjualan dan pembelian liquor di ibu kota, sebaliknya menetapkan beberapa syarat penjualan dan premis terbabit.

 

Leave a Reply