Anak-anak muda sudah tidak kisah siapa yang memerintah-Fadwah Anuwar.

Hebahkan !!!

Ketika negara masih dalam kemelut sama ada anak muda sudah boleh mengundi atau belum, My-News.Online sempat bertanya kepada Saudari Fadwah Anuwar seorang EXCO Puteri UMNO dalam sesi wawancara bersamanya berkenaan situasi anak muda dinegara ini.

Pada soalan kami apa pendapat Fadwah Anuwar @ Wawa berkenaan persepsi anak muda terhadap kerajaan hari ini, adakah mereka teruja dengan kerajaan ini?

Wawa melihat landskap politik hari ini agak berbeza ,mungkin atas sebab itu anak muda tidak berapa teruja , tambahan lagi dengan situasi pandemik Covid 19 maka apa yang terpenting untuk anak muda adalah cara mana mereka boleh teruskan hidup mereka.

“Siapa memerintah pun anak muda sudah tidak kisah lagi kerana mereka lebih kisahkan diri mereka berkenaan bagaimana hendak mencari kerja bagi yang kena buang kerja dan yang belum bekerja lagi” jelas Fadwah.

“Struggle” berkenaan bagaimana mereka  hendak meneruskan kehidupan harian , membayar sewa rumah, menghadapi potongan gaji dan sebagainya menjadi persoalan utama kepada anak muda lebih dari ambil peduli siapa yang menjadi kerajaan.

“Siapapun jadi kerajaan , perlu melihat kepada keperluan ekonomi” ujar Fadwah.

Ini kerana ekonomi memberi kesan kepada kehidupan harian rakyat.

“Jawab Jer” bersama Cik Fadwah Anuwar, Exco Puteri UMNO – YouTube

“Bukanlah hendak kata golongan yang lain tidak struggle, tapi jika sebelum Covid pun sudah digolongankan dalam kategori miskin bandar, apatah lagi kesannya ketika Covid” kata Fadwah

Maka ini lah rumusan pada jawapan berkenaan anak muda yang diajukan kepadanya oleh wartawan kami.

“Tidak kira siapapun menjadi pemerintah, asalkan fokus kepada ekonomi dan tempias tempiasnya dapat dinikmati bersama” ujar Fadwah.

Leave a Reply